Wednesday, January 19, 2011

Kesan makanan kepada tubuh badan


Makanan adalah salah satu keperluan kepada semua benda hidup termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan. Pada umumnya, fungsi makanan adalah sebagai sumber yang akan dicerna di dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Di dalam ilmu antropologi, makanan mempunyai peranan yang terjalin rapi dalam semua aspek kehidupan harian, iaitu dari segi sosial, keagamaan dan ekonomi. Jadi, makanan ialah suatu bahagian yang terpenting dalam cara sesebuah masyarakat mengatur kehidupan dan cara masyarakat melihat dunia yang dialami ini.

Pengambilan makanan pada asalnya adalah harus dalam Islam. Ini bersumberkan dari ayat al-Quran. Firman Allah di dalam surah al-A’raf:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (31)

Maksudnya: dan makan dan minumlah dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.

(surah al-A’raf: 31)

Namun begitu, hukumnya akan berubah mengikut situasi dan syarat tertentu. Dari segi situasi, misalnya seorang yang diyakini akan mati sekiranya tidak makan, maka hukumnya wajib makan untuk selamatkan nyawanya dari terancam. Dari segi syarat pula, makanan yang diambil mestilah yang dihalalkan dalam Islam dan tidak memudhāratkan. Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal makanan dan penggunaan barangan lain yang boleh memudhāratkan kesejahteraan hidup umatnya. Jawatankuasa Syariah negeri Perak, dalam satu mesyuarat pada 22 oktober 2002 memberikan pandangan yang berikut:

” Mesyuarat jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 15 Syaaban 1423H bersamaan 22 Oktober 2002...telah memutuskan bahawa tiada Fatwa yang telah dibuat khusus mengenai bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam di dalam makanan, namun apabila diyakini bahawa bahan itu memudaratkan maka hukumnya adalah haram berdasarkan ayat 195, surah al-Baqarah:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Bermaksud : Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu dalam kebinasaan.”

(Surah al-Baqarah, Ayat : 195)

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَنْبَأَنَا مَعْمَرٌ عَنْ جَابِرٍ الْجُعْفِيِّ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَار[1]

Maksudnya: Tidak ada kemudhāratan dan tidak memudhāratkan.

Dalam satu kaedah fiqh ada disebutkan:

الضرر يزال[2]

Maksudnya: ”kemudhāratan itu mesti dihapuskan.”

Jelas di sini bahawa, Islam melarang keras terhadap sebarang perkara yang boleh merosakkan umatnya sama ada jangka waktu yang panjang atau singkat. Justeru itu, umat Islam perlu peka terhadap perkembangan maklumat mengenai makanan dan barangan yang mengandungi bahan yang boleh memudhāratkan kesihatan mereka.

Satu kajian telah dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai penggunaan bahan-bahan kimia yang memudhāratkan kesihatan sama ada di dalam makanan atau yang tersebar di alam sekitar yang bertanggungjawab terhadap peningkatan kes-kes kanser dan penyakit yang serius.

Menurut kajian daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa, hospital-hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan sejumlah 11,655 kemasukan pesakit kanser dan 1,335 kematian akibat penyakit itu pada 1996. Peningkatan drastik kes-kes kanser di negara ini tidak menghairankan apabila memikirkan bahan karsinogen (bahan penyebab kanser) tersebar dengan meluas dalam alam sekitar. Antaranya tembakau, radiasi, asbestos, racun makhluk perosak, benzena, formaldehid, steroid, PCBs dan juga pelarut.


[1] Ibn Majah (t.t), Kitab al-Ahkam, Bab: Man Bana Fi Haqqihi Ma Yadhurru Bi Jarihi, Bil. 2332

[2] Ibn Nujaym (t.t), al-Asybah wan-Nazhā ir, t.p ,hlm. 92

Latarbelakang Kitab-kitab "Usul" Syiah

Antara kitab hadis agung yang diiktiraf Syiah. Ianya juga dinamakan sebagai “Usul”

1 ) AL- KAFI

Syeikh Abi Jaafar Muhammad Ibn Ya’kub al-Kulaini wafat 329/ 940

Terdapat sebanyak 16099 musnad oleh Ahl-Bayt

Menurut Ibn Taimiyyah di dalam Minhaj as-Sunnah, terdapat di dalam sahihain 7000 dan 9000 di dalam an- nasa’i, at-Tirmizi, Abi Daud, ibn Majah – ulangan.

Manakala menurut Ibn Jauzi = 5072 Sahih, 140 Hassan, 1118 musnad, 302 qawi, 4988 dhaif

Ianya dihuraikan di dalam Syarah al-Shafi oleh Khalil Ibn Ghazi al-Qazwani

2 ) MAN LA YAHDURUHU AL-FAQIH

Syeikh Abu Ja’far Muhammad bin al-Husayn wafat 381 / 991)

Lebih terkenal dengan al-Saduq al-Taifah

Terdapat lebih 6000 hadis

Ianya disyarahkan oleh Muhammad Tasyu al-Majlisi.

3 ) TAHDHIB AL-AHKAM

Dikarang oleh Abu Jaafar Bin Muhammad Ibn Hassan al-Tusi wafat 400/ 1069

Sheikh Taifah terdapat 13, 590.

4 ) AL-IBTIBSAR

Dikarang oleh Sheikh Abi Jaafar al-Tusi

Mengandungi 4 bahagian

Bagaimanapun terdapat seorang sarjana hadith Syiah telah menyusun semua hadis-hadis. Beliau juga merupakan pelopor era sejarah hadith Syiah. Beliau adalah Syeikh Ahmad Ibn Muhammad Ibn Khalid al-Baraqi.

Dari Hadith-hadith tersebut, lahirlah kitab-kitab utama antaranya :-

1 ) AL-JAMI’ AL-WAFI

Dikarang oleh Mualla Muhsin Fayd al-Kashani

Beliau membuang hadis yang berulang dan menyusun hadith-hadith tersebut berdasarkan hukum

2 ) AL-WASAIL AL-SHIAH

Karangan Muhammad Ibn Hassan al-Hurr

3 ) BIHAR AL-ANWAR

Dikarang oleh Allamah Muhammad Baqir al-Majalisi

Ensiklopedia Hadith dan merupakan koleksi hadith terbesar Syiah

Ia juga merupakan sumber hukum Syiah masakini.

Tuesday, January 18, 2011

Kitab 'Ilm al-Rijal puak Syiah.

Semasa ana sedang 'mengemas' folder2 dalam laptop ana petang tadi, ana terperasan ada beberapa artikel yang ana pernah salin daripada tesis PhD ustaz Syiah 2 tahun dahulu (semasa zaman student di UM). Yang menarik tentang tesis ni adalah, ia dibuat di Jabatan al-Quran dan al-Hadis (singkatan AQSA). Macam mana tesis ni boleh 'lepas' pun ana tak tau. Tapi ana mintak ustaz2 di AQSA tolong semak balik perkara ni.

Ana tak pasti berapa ratus halaman tesis ini dibuat. Nama penuh tajuk tesis ni pun ana ingat2 lupa. kalau tak silap ana tajuknya "perbandingan perkembangan hadis Syiah dan Ahlu Sunnah wal Jamaah" (boleh semak balik nanti). setelah dibedah dan dikaji tesis ini, ana dapati ada unsur-unsur untuk menghina dua orang khalifah Islam yang awal iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Faruq. Serangan tersebut kalau dibaca seperti sekadar kata-kata sinis, tapi hakikatnya ada niat yang sangat 'busuk' disebaliknya.

bila dibaca sekali imbas tulisan pengkaji ber'mazhab' Syiah ni, penulisan beliau sangat ilmiah (dengan nota kakinya yang bersumberkan karangan ulama' sunni dan rujukan2 yang digunapakai). Namun bila diperhalusi tesis beliau dengan lebih cermat, dakwaan tersebut hanya sekadar serangan peribadi yang tidak berasas dan hanya hujah dari aspek teknikal semata-mata.

Inilah bahayanya Syiah kepada negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam (Ahlu Sunnah wal Jamaah). Tidak hairanlah kenapa mereka dapat berkembang di Malaysia tanpa dikesan. Di hadapan kita mereka mendakwa mereka tidak ada masalah dengan para sahabat Rasulullah SAW. mereka tak ada masalah dengan ummul mukminin. mereka tak ada masalah dengan al-quran yang kita baca hari ini. tak hairanlah kenapa pemimpin kita dapat layan ulama mereka yang pernah datang ke Malaysia dengan layanan yang cukup istimewa. ini kerana Taqiyyah adalah prinsip asas dalam ajaran mereka.

Selain itu, penulis tesis ni juga mendakwa, golongan syiah sebenarnya yang memperkenalkan disiplin Ilm al-Rijal (Ilmu tentang periwayat2 hadis Nabi SAW) lebih awal daripada golongan sunni (tapi kalau kita semak hadis2 mereka banyak yang maudhu'). bahkan kononnya mereka lebih cermat dalam menjaga hadis2 nabi (dan mungkin mereka juga sangat bertanggungjawab memelihara kata2 imam2 mereka sehingga dijadikan sumber hukum mereka yang utama, lihat tajuk wilayah al-faqih, klik sini).
Sebagai penutup, ana senaraikan di sini nama2 kitab Syiah dalam Ilm al-Rijal (rasanya orang syiah pun tak perasan dan tak pernah jumpa kitab2 ni).

  1. Kitab Al-Rijal oleh Abu al-Abbas Ahmad Ibn Ali al-Najasyi. Kemudiannya terkenal dengan panggilan al-Najasyi.
  2. Kitab Al-Fihrist oleh Muhammad Ibn al-Hasan al-Tusi. Kitab ini memberi maklumat tentang Rasulullah s.a.w. dan riwayat hidup baginda mengikut abjad. Di samping itu terdapat ramai lagi sarjana-sarjana lain menghasilkan kitab-kitab seumpama itu.
  3. Kitab Al-Rijal juga oleh al-Tusi (ana pernah tulis tentang orang ni, lihat dalam entri terdahulu. klik sini), yang memberikan nama-nama individu yang semasa dengan tiap-tiap imam mengikut susunan Imamahnya.
  4. Makrifat Akhbar oleh Umar Ibn Muhammad al-Kashshi. Al-Du’afa’ oleh Ibn al-Ghada’iri. Ahmad Ibn Husayn Ibn Abd Allah iaitu seorang sarjana pada abad kelima hijrah.
Kesimpulan, mungkin benar kata2 Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin bahawa tidak adil menangkap seseorang tanpa diberi peluang untuknya membela diri. Namun, berapa banyak peluang yang telah ulama kita beri kepada mereka dalam proses penyatuan ummah (tertubuhnya Dar al-Taqrib di Mesir) tapi mereka permainkan dan perolokkan ulama2 kita yang mukhlis ini (seperti Syeikh Mustafa al-Shiba'i). mungkin kata2 yang sesuai untuk mereka adalah: "lakum diinukum waliyadiin".

Sunday, January 16, 2011

Tha'ifah Manshurah: siapakah mereka?



Ramai di kalangan kita yang belum mengetahui tentang istilah ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ada yang baru pertama kali mendengar dan melihat nama ini. Ia bukanlah satu istilah baru dalam kamus Islam. bahkan disebutkan dalam banyak hadits-hadits nabawi yang sahih tentang keberadaan golongan Tha'ifah Manshurah ini. 

Selepas membaca buku "Tha'ifah Manshurah: Apa dan Siapa?" karangan Syiekh Abdul Mun'im Mustafa Halimah, saya rasa perlu untuk saya ketengahkan perbincangan ini sebagai tatapan kita bersama.

Tha'ifah Manshurah juga disebut sebagai Firqah Najiyah adalah golongan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai golongan yang membawa pembaharuan (tajdid) dan perubahan (taghyir) kepada dunia dan umat Islam. 

Mereka manusia seperti kita, makan apa yang kita makan, tidur sebagaimana kita tidur dan hidup seperti manusia biasa. Namun apa yang menjadi kelebihan kepada mereka? Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
يَاأَيُّهَاالَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْف يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍعَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍعَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَيَخَافُونَ لَوْمَةَلآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(Surah al-Maidah 5:54)

Dalam hadits disebutkan:
لا تزال طائفة من أمتي منصورين لا يضرهم من خذلهم حتى تقوم الساعة
"Akan sentiasa ada di kalangan umat ku sekelompok orang yang diberi pertolongan, orang yang menentang mereka tidak membahayakan mereka hingga kiamat tiba".
[H.R. Imam Ibnu Majah]
Banyak lagi hadis2 yang menceritakan tentang kewujudan golongan ini. Bahkan pernah diramalkan oleh baginda tentang perjalanan mereka ini dengan berita-berita gembira seperti penaklukan kota Rom oleh golongan ini, penaklukan konstantinopel buat kali kedua, perang melawan Yahudi dan kemenangan kaum muslimin terhadap mereka, dan tegaknya Khilafah Islamiyah melalui tangan2 mereka.

Jelas bahawa, golongan Tha'ifah Manshurah ini adalah mereka yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai pembela Islam. Mereka bermati-matian mempertahankan Islam sehingga ke hari kiamat. Mereka ialah golongan yang tidak gentar dengan cercaan dan ancaman dari pihak musuh dan mereka berjalan di atas landasan nabawi yang suci. Cuma yang masih tinggal adalah, siapakah mereka dan bagaimana ciri2 mereka agar kita dapat mengenali mereka? 

Di sini disenaraikan tentang ciri-ciri mereka secara ringkas:

1. Ittiba’ dengan sunnah Nabi SAW. Bukan ibtida’ (melakukan bid’ah).
2. Jihad fi Sabilillah.
3. Berwala’(membantu) dan barra’(memusuhi) kerana Allah.
4. Syumul (komprehensif).
5. Wasatiyah dan I’tidal.
6. Berilmu.
7. Sabar dan teguh.

Daripada ciri2 yang telah disebutkan di atas, golongan ini bukan hanya di dalam satu jemaah tertentu saja. Dengan erti kata lain, setiap jemaah tidak boleh mengatakan diri mereka sahaja dari golongan Tha'ifah Manshurah ini. Sebaliknya sesiapa sahaja yang memiliki ciri2 yang telah disebutkan di atas dianggap tergolong daripada golongan ini walaupun mereka bergerak di dalam jemaah2 yang berasingan. Dengan ini, kita tidak boleh mengatakan bahawa hanya jemaah tertentu sahaja yang betul dan jemaah2 yang lain adalah salah belaka.  

Persolan yang lain pula, adakah jemaah yang tidak termasuk dalam ciri-ciri di atas juga boleh dikategorikan sebagai Tha'ifah Manshurah? Jawapannya adalah tidak. Sebagai contoh, golongan Syiah Imamiyah@Ja’fariyah@Ithna 'Asyariyyah adalah golongan yang banyak melakukan ibtida’ (bid’ah) sehingga tidak memungkinkan mereka ini masih dianggap sebagai golongan Muslim. 

Dengan kata lainnya, mereka ini adalah firqah (agama) yang berbeza dari kita. Mereka mengkafirkan sahabat, menuduh ummul mukminin (A’isyah) sebagai penzina, menuduh al-quran yang ada sekarang sebagai rekaan dan berbagai-bagai lagi amalan mereka yang sesat lagi menyesatkan. Mereka berjihad bukan kerana Islam tetapi kerana ideologi guru2 mereka yang sesat. Mereka tidak bersifat I’tidal sehingga bertaqiyyah setiap masa dan tidak juga sabar sehingga sanggup melukakan badan mereka.

Dengan erti kata lainnya, semua bentuk ajaran dan fahaman walaupun di’topeng’kan dengan jenama Islam, sebenarnya belum menjamin diri mereka tergolong dalam golongan Thaifah Manshurah ini. Walaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai golongan yang haq tetapi jika tidak ada ciri-ciri yang disebutkan tadi, maka mereka tidak lain hanyalah golongan hawa’ dan mubtadi’ semata-mata.

Seharusnya kita berdoa, bermuhasabah dan berusaha untuk menjadi sebahagian dari golongan ini. Mudah-mudahan Allah SWT meletakkan kita di kalangan mereka ini. 

Wallahul musta'an.