Monday, April 27, 2009

Siapa Al-Tusi yang disanjung Syi'ah?

Siapa tak kenal Nasaruddin al-Tusi? (soalan ni utk org Syi'ah saja). seorang tokoh yang banyak 'berjasa' dalam dunia Syi'ah, membela pegangan rawafidh dan membentuk manhaj yang kukuh dalam Syiah (juga seorang saintis, lebih kurang cam Albert Einstien al-yahudi laa). Dia hidup sezaman dengan Hulagu Khan (pembunuh berjuta-juta umat Islam di Baghdad oleh tentera Tartar dengan campurtangan al-'Alqami). ada kaitan ke dua org ni? tentulah ada. wujud pakatan diplomatik antara keduanya dalam menghancurkan umat Islam di wilayah timur tengah tersebut (kita bahas pasal nie lain kali).
Al-Tusi: seorang ulama Syi'ah

Apa yang aku nak ketengahkan di sini adalah, boleh pakai ka pandangan al-Tusi ni? Jawapannya mmg tak boleh pakai. Sebelum tu aku nak sebutkan beberapa kitab al-Tusi ni yang sampai sekarang pun korang boleh dapatkan (nak buat tempahan bagitau).
Antara kitab-kitabnya adalah:

1. Al-Istibsar
2. Tahzib al-Ahkam
3. Rijal al-Kasyi
4. Al-Gha'ibah
5. Al-Tibyan


Antara kitab yang menjadi pegangan terkuat Syi'ah adalah dua kitab pertama tadi iaitu Al-Istibsar dan Tahzib al-Ahkam (ada dua lg kitab utama, keempat-empat kitab tersebut disebut 'Usul' iaitu asas pegangan Syi'ah). Apa yang menyebabkan kelemahan golongan Syi'ah ini terdedah adalah mereka menganggap semua karangan ulama-ulama mereka tidak boleh dikritik malah haram hukumnya mengkritik pandangan mereka (inilah yang dikatakan sebagai org yg menuruti secara taqlid tanpa menilai).


Sebagai contoh, pandangan Al-Tusi yang bercanggah dengan akidah Islam ialah: Imam Ja'far al-Sadiq (kononnya) berkata:

Pada tanah perkuburan Hussein AS terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar. [Tahzib al-Ahkam, j. 2, h. 26]

Selain itu wujud juga pandangan beliau yang sangat melampau yang tidak pernah dikritik oleh ulama Syi'ah yang lain. Kata al-Tusi dalam Al-Istibsar:


Abu Hassan bertanya Ja'far al-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: "Tidak mengapa".[Al-Istibsar, j.3, h. 141]

kitab Al-Istibsar

Jadi, daripada pandangan beliau yang pelik lagi jelik ni, adakah layak pandangannya yang lain yang jelas bertentangan dengan akidah ahlul sunnah boleh diterima oleh orang Syi'ah sendiri. sewajarnya tidak kerana telah hilang keyakinan ke atasnya dgn pandangan yang jelik tu tadi. kalau dalam bidang tafsir dan fiqh pun dia ni tak boleh pakai, abis bidang apa lagi yang ada?. kita tengok pulak dalam bidang hadis. Katanya dalam Al-Ga'ibah:

“Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”. [Al-Gha'ibah, h. 282]

Inikah ulama yang disanjung dan dipuja oleh Syi'ah? hinggakan pandangan yang melampau sebegini masih disokong? kenapa diorang ni tak berani nak kritik pandangan sebegini sekalipun menghina tanah tumpah Rasulullah SAW sendiri?

Di sini aku bagi clue skit kenapa perkara ni berlaku (apasal diorang tak boleh kritik). antara pegangan golongan anti-sahabat ini adalah, wilayah al-faqih. Wilayah al-faqih adalah kedudukan pandangan imam-imam dan ayatullah mereka yang sama dengan syariat yang diturunkan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah SAW(boleh pulak pandangan ulama ni sama ngan syariat Islam). kalau nak bincang pasal walayah al-faqih ni, seluruh ulama sunni (yang betul-betul sunni saja, yang mutasyayyi' tak termasuk) memang tolak walayah al-faqih.

Kalau diorang (Syi'ah) kritik geng-geng ayatullah ni maka teori wilayah al-faqih tidak lagi releven. maka ibarat 'ditelan mati mak diluah mati bapak' diorang terpaksa la terima pandangan tak masuk akal ni dan pertahankannya sejak berabad-abad lamanya. Apa kesannya, mereka terus membela dan membela golongan ayatullah sesat ni bagi menyokong teori walayah al-faqih ni.

Apa penyelesaian kepada masalah mereka ini? Adakah mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini atau terus menurut hawa nafsu dalam membela nama-nama ayatullah ini? Selagi golongan Syi'ah ni tak berubah daripada kejumudan dan ketaksuban terhadap ayatullah yang tak ubah seperti pendeta yahudi ni maka selagi itu mereka tidak akan temui kebenaran. sebagaimana firman Allah:

Allah SWT telah mengunci hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat. [Al-Baqarah ayat 7]

Kesimpulannya, adakah anda mengatakan Syi'ah tetap benar? tepuk dada tanya iman.

No comments:

Post a Comment