Wednesday, December 21, 2016

[TAQRIB SUNNI-SYIAH : JANGAN BIARKAN KISAH HABIB HUSEIN AL-HABSYI BERULANG]




Siapa kenal dengan tokoh ini? Beliau adalah Habib Husein al-Habsyi, pengasas Yayasan Pesantren Islam (YAPI) Bangil, Jawa Timur. Beliau adalah ulama tersohor Indonesia di zamannya.
Pada peringkat awalnya, Husein al-Habsyi adalah seorang pengagum gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Imam Hassan al-Banna rahimahullah (pengasas Ikhwan). Namun, selepas berlaku revolusi Iran, beliau mula beralih kepada Ayatullah Khomeini, ulama Syiah Iran yg merupakan penggerak revolusi tersebut. Di sinilah bermulanya tasyayyu' (simpati kpd syiah) beliau.
Punca beliau terpengaruh dengan syiah adalah sangka baik beliau dan siri2 dialog beliau dengan tokoh2 Syiah di Indonesia. Akhirnya beliau dgn rela hati menganut Syiah secara taqiyyah (ini disebut sendiri oleh beliau dalam satu surat rahsia yg didedahkan oleh majalah MUI).
Pernah diceritakan oleh Maulana Asri Yusuf dalam kuliah Bukhari beliau bahawa anak kepada Husein al-Habsyi adalah rakan sekelas maulana di India. Beliau merupakan seorang pelajar yg sangat pintar. Namun setelah berita ayahnya menganut agama Syiah, beliau terus hilang arah dan meninggalkan kuliah pengajian di India. Menurut Maulana Asri, Habib Husein terpedaya dgn dakyah Syiah selepas beliau gagal menjawab hujah ulama Syiah tentang isu tahrif al-Quran (iaitu para Sahabat Nabi telah mengubah isi kandungan al-Quran setelah kewafatan baginda SAW).
'Penghijrahan' Habib Husein al-Habsyi bukan suatu yang biasa. Ia telah mengubah keseluruhan Indonesia secara umum dan yayasan yang diasaskannya secara khusus. Menurut ustaz Basuki, bekas pendakwah Syiah Indonesia, YAPI kini adalah pusat pengkaderan Syiah terbesar di Indonesia! Bahkan anak tiri Husein al-Habsyi, Muhsin Labib adalah tokoh Syiah tersohor di Indonesia sekarang. Kini fahaman ini mula meresap ke dalam jemaah Islam di Indonesia seperti Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Nahdhatul Ulama (NU).
Saya tidak khuatir dengan TGHH kerana keilmuan dan pengalaman yang beliau ada mampu menangkis dakyah Syiah. Ditambah pula beliau dikatakan murid kesayangan Syeikh Ben Baz semasa di Jami'ah Madinah.
Apa yang saya khuatir adalah jambatan yang dibina oleh beliau antara Sunni dan Syiah ini akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh Syiah. Sasaran mereka adalah pemuda2 dalam PAS dan rakyat Sunni di Malaysia. Itu yang paling saya bimbang, dengan pengetahuan mereka tentang Syiah yg terlalu sedikit.
Jangan biarkan kisah Husein al-Habsyi berulang di bumi kita. Akhukum fillah.