Assalamualaikum. Sebagaimana yang telah kami nyatakan sebelum ini berkenaan MLM, terdapat beberapa sebab kenapa sebilangan besar MLM yg wujud di Malaysia hari adalah meragukan. Ini kerana beberapa sebab yang telah kami nyatakan iaitu:
- Jual 'orang' (downline) lebih dari jual produk. kebanyakan perniagaan MLM hari ini lebih tertumpu kepada mencari orang bawahan lebih dari memasarkan produk tu sendiri. sebenarnye downline bukan org bawahan semata2 tapi adalah pelanggan tetap kepada org atasan (upline). seolah2 mereka 'dipaksa' membeli barang tersebut untuk kekalkan PV.
- Mementingkan PV lebih dari jualan barangan itu sendiri. jadi, apakah business sebenar MLM? PV atau barang? sepatutnya PV hanya sebagai penaik semangat untuk berniaga, bukan sebagai maksud utama business dgn memaksa ahli untuk kekalkan PV.
- Yuran keahlian yang tak masuk akal. perlu diingat, Islam melarang ghaban fahish (harga yang tak masuk akal dgn nilai sebenar barang). apa yang nak ditonjolkan ialah sesetengah MLM dgn sewenang2 nya meletakkan yuran yg tinggi melampau kepada ahli (hingga ada yg mencecah pulah ribu ringgit!!!). mmg betul mereka diberi barang (itu yg aku sebutkan sebagai pelanggan tetap kpd upline), tp adakah mereka mampu hidup dgn barang tu jer sementara nak dapat balik income diorang semula? ini yg melanda sebilangan besar pelajar2 IPT hari ini (mak bapak, org kampung, kerajaan bagi duit suruh belajar bukan masuk MLM) sampai terpaksa berhutang dgn along (bukan along kepada adik-adikku). ape kes ni? nak bukak business kita buat betul2. masuk latihan industri, MARA, kursus keusahawanan dan mcm2 lg peluang yang kerajaan sediakan....
- Menjanjikan pulangan yang lumayan dengan kadar tertentu sedangkan hasilnya belum pasti. perniagaan yg sebegini adalah dilarang. ceritakan perkara sebenar, apa risiko berniaga barang tersebut dan perkara yang perlu dihadapi. bukan hanya menabur janji manis. (surah al-A'raf: 85)
- Menjual barang yang terlalu mahal sehingga membebankan ahli. cth: lamberger menjual pelita beraroma harganya mencecah RM 3oo seunit. barang trsebut pula wajib dibeli oleh ahli sedangkan Islam melarang unsur paksaan [surah an-Nisa : 29]. jgn salah faham takrif 'paksaan' tersebut kerana paksaan juga boleh berlaku dgn cara tipu helah dan pujuk rayu. kesannya, ahli yg keciciran dlm business akan menyesal sbb duit poket abis beli 'pelita ajaib', sedangkan mereka telah dijanjikan pulangan yang lumayan.
- Sesetengah MLM menjanjikan pulangan lumayan dengan kadar tertentu dengan usaha yang sedikit sedangkan Nabi SAW sendiri mencontohkan perniagaan yang bermula dengan susah, bukannya terus senang dgn sekelip mata.
Setelah kami nyatakan beberapa hujah berkenaan kesan dan implikasi dari MLM ni, terpulanglah kepada anda sama ada ingin terima atau tidak. namun, apa yang jelas adalah sebilangan MLM di Malaysia hari ni (tak semua MLM) hanya bertopengkan business sedangkan mereka adalah di antara syarikat2 Skim Cepat Kaya (SCK) yang hanya ingin menipu masyarakat.
persoalan yang timbul ialah, sekiranya mereka (MLM) mendakwa mereka menjalankan business yang betul, mengapa tidak ada Jawatankuasa Penasihat Syariah dalam syarikat mereka? Ini persoalan yang paling rumit sebenarnya.
Kesan kejatuhan ekonomi dunia hari ni menyaksikan kejatuhan beberapa syarikat MLM yg ada di dunia (termasuk di Malaysia) yg sebenarnya adalah SCK. mana tak nya, produk yang dijual bukannya barang keperluan (dharuriyat atau hajiyat) tapi sekadar pelengkap (tahsiniyat atau kamaliyat) menyebabkan tak de org nak pakai barang2 tersebut di saat kegawatan ekonomi (nak beli pampers anak pun org dah berkira sekarang). sape nak beli penapis air berharga RM2ooo time2 gawat? fikirkan....
Malah yg paling memeranjatkan adalah terdedahnya tembelang 'bapak skim cepat kaya dunia' bernama Bernard L. Mardoff (klik di sini) yang diisytiharkan muflis setelah berjaya mengaut keuntungan berbillion USD. apa yang memeranjatkan adalah, bank gergasi dunia seperti HSBC jugak tak terlepas dari menjadi mangsa Mardoff sehingga dianggarkan kerugian sebanyak USD 1billion!!!
inilah hikmah di sebalik kegawatan ekonomi dunia yang berlaku yang menyaksikan penipu-penipu ni jatuh tersungkur ke bumi.
Apa yang anda lakukan mestilah tercerna dari buah fikiran yang waras. tak semua MLM salah tp perlu berhati-hati.... jangan kerana terlalu rakus ingin mengaut keuntungan yang cepat sehingga menyusahkan kehidupan anak-beranak dan kaum keluarga. Wallahu A'lam
untuk maklumat lebih lanjur sila layari zaharuddin.net
No comments:
Post a Comment