Saturday, January 15, 2011

Tragedi Natrah versi baru

Kes murtad bukan lagi isu baru dalam negara kita yang dikatakan sebuah negara Islam dan menjadikan Islam sebagai agama persekutuan. Bahkan ia telah mendapat perhatian sejak dari peristiwa Natrah pada tahun 1947. Peristiwa yang menyaksikan gelombang kebangkitan Melayu-Islam yang bersatu tanpa mengira ideologi politik, menyebabkan 15 orang terkorban dan ratusan yang lain tercedera. Ia berpunca disebabkan bantahan terhadap keputusan mahkamah di Singapura yang membenarkan keluarga kandung Natrah yang beragama kristian membawanya pulang dan memisahkan beliau yang ketika itu berusia 13 tahun daripada suaminya, Mansor Adabi.

Dengan erti kata lain, Natrah yang asalnya beragama Islam telah dipaksa oleh keluarga kandungnya menganut agama Kristian. Peguam bela Natrah ketika itu, Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim terasa amat kecewa ketika itu. Ramai pengkaji Islam hari ini melihat bahawa, peristiwa Natrah versi baru akan muncul dan sekali lagi bakal mengganggu gugat maruah umat Islam dalam usaha menghapuskan Islam sedikit demi sedikit.

Saban waktu, kes murtad yang berlaku di negara kita semakin menjadi-jadi. Kes yang direkodkan oleh jabatan-jabatan agama islam juga semakin hari semakin bertambah. Itu tidak termasuk kes murtad yang tidak dimaklumkan di mana-mana Jabatan Agama Islam mahupun Jabatan Pendaftaran Negara.Kesucian agama Islam semakin lama semakin tercabar oleh golongan musuh Islam. Ironinya jika kita sebagai umat Islam tidak bertindak bermula dari sekarang, maka akhirnya Islam hanya tinggal pada nama saja di negara Malaysia.

Kes murtad hari ini telah mengalami perubahan berbanding 60 tahun dahulu. Kalau dahulu, kes Natrah melibatkan ibu bapa kandung yang bukan Islam. Namun hari ini, kes murtad yang berlaku di kalangan umat Islam di Malaysia melibatkan keluarga Islam yang mengamalkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya semakin bertambah. Sebagai contoh, kes Aisyah Bukhari (tahun 1997) yang dikendalikan oleh peguam syarie Zulkifli Nordin dilihat sebagai peristiwa yang menggugat sistem pertahanan akidah umat Islam di Malaysia. Ini kerana, jika dilihat daripada latar belakang wanita ini, boleh dikatakan dia telah menerima didikan agama yang tinggi. Bahkan bapanya, Hj. Bukhari merupakan seorang imam masjid.

Kemuncak kepada kes-kes ini adalah perbicaraan kes berkenaan tuntutan Lina Joy untuk menukar status agama Islam kepada bukan beragama Islam di dalam kad pengenalan beliau dan mempersoalkan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Tidak cukup dengan itu, timbul pula cadangan penubuhan Interfaith Council (IFC) bertujuan untuk mencabar kedudukan Islam melalui Undang-undang Perlembagaan dalam Perkara 3, 8,11, 12, 121(1A), 150(6A), dan 160. Hal ini dilihat sebagai niat jahat pihak tertentu dalam usaha menidakkan keberadaan Islam yang sekian lama telah diamalkan di negara kita.

Secara keseluruhannya, kita mendapati bahawa antara punca berlakunya murtad di kalangn umat Islam di negara ini adalah disebabkan oleh sikap orang itu sendiri yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar sebagaimana yang telah disyariatkan. Pelbagai pihak terutamanya kerajaan haruslah bertanggungjawab memastikan bahawa ajaran Islam di negara ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa ragu-ragu dengan mendapat sokongan daripada kerajaan negeri serta umat Islam yang majoritinya mendiami bumi Malaysia. Masih wujud peluang untuk memperbaiki kekurangan dalam Perlembagaan dalam memelihara kesucian akidah umat Islam di Malaysia.

Syura dan Peranannya dalam Islam

Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari membuat pilihan. Tidak kira samada dalam hal peribadi mahupun hal berkaitan masyarakat, kita terpaksa membuat keputusan yang kita rasakan paling tepat demi menjaga kepentingan peribadi mahupun kepentingan awam.

Antara ajaran yang ditinggalkan oleh rasul-Nya yang mulia, Muhammad SAW adalah amalan Syura. Syura adalah suatu kaedah yang penting dan perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan. Syura merupakan suatu keperluan kerana semua manusia memerlukan perbincangan. Bahkan, Syura akan mewujudkan perbezaan pendapat dan pengalaman antara satu dengan yang lain dan akhirnya ia mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik berbanding pendapat individu.

1. Disebutkan oleh Allah SWT:

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ

“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu”. (Surah Ali-Imran 3:159)

Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Rasulullah SAW sering bermesyuarat dengan para sahabat baginda demi menenangkan hati para sahabat dan supaya lebih bersemangat melaksanakan sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”.

(Surah asy-Syuura 32:38)

Dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim juga diterangkan, dengan wujudnya amalan Syura di kalangan umat Islam ketika itu telah membantu mereka dalam memantapkan pendirian mereka. Sebagai contoh, wujudnya Syura dalam peristiwa perang yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin. Ibn Kathir menjelaskan bahawa, Rasulullah sendiri bermesyuarat dalam semua peperangan yang disertai baginda.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)”.

(Surah al-Baqarah 2:233)

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bagaimana cara yang sepatutnya dilakukan antara ibu bapa sebelum membuat keputusan untuk menceraikan anak mereka daripada susuan si ibu. Menurut pandangan ath-Thauri, dalam membuat keputusan ini memerlukan perbincangan agar hak si anak tadi tidak diabaikan.

Dalam kehidupan Rasulullah sendiri, baginda kerap mengamalkan Syura dalam membuat keputusan. Bahkan, dalam hal keluarga baginda juga akan bermesyuarat. Sabda baginda SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib RA:

مشاورة أهل الرأي ثم اتباعهم

“(Apabila) ahli syura bermesyuarat (dalam suatu perkara), ikutlah (pandangan dari) mereka”.

Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA, beliau akan memanggil para fuqaha dan pemuka-pemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar iaitu Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman ibn ‘Auf, Mu’az ibn Jabal, Ubai ibn Ka’ab dan Zaid ibn Thabit untuk menyelesaikan masalah berkaitan kerajaan beliau. Kesemua mereka telah berfatwa di zaman pemerintahan beliau.

Sewaktu Khalifah Umar ibn al-Khattab RA hampir wafat, beliau telah memerintahkan para sahabat memanggil enam orang sahabat yang mulia iaitu Uthman, Ali, Abdul Rahman ibn ‘Auf, Saad ibn Abi Waqas, al-Zubair dan Talhah berada di sisi beliau. Selepas dikumpulkan keenam-enam orang sahabat tersebut, lalu Umar RA telah berucap panjang. Selepas beliau memberikan amanat kepada para sahabat yang hadir, beliau pun berkata:

تشاوروا ثلاثا ويصلى بالناس صهيب

“Bermesyuaratlah kamu semua selama tiga hari berturut-turut dan Sohaib sebagai imam dalam solat jemaah”.

Selepas kewafatan Khalifah Umar, para sahabat telah bermesyuarat selama tiga hari berturut-turut. Akhirnya Majlis Syura sepakat berbai’ah dengan Uthman ibn Affan sebagai Khalifah umat Islam yang ketiga.

Terlalu banyak kisah berkaitan amalan Syura yang telah diamalkan di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin yang tidak sempat dinukilkan di sini. Cukup sekadar beberapa kisah yang dipaparkan di sini sebagai panduan dan contoh untuk kita memahami konsep dan kelebihan syura yang telah dipraktikkan oleh mereka.

Kesimpulannya, Syura adalah pendekatan Islam dalam merealisasikan keadilan dalam masyarakat. ia juga membentuk masyarakat yang progresif melalui kerjasama pemikiran secara kolektif. Amat wajar sekali dalam konteks masyarakat hari ini, dihidupkan kembali amalan syura ini dalam setiap institusi tidak kira samada dari kalangan pemimpin mahupun rakyat jelata untuk mengelakkan berlakunya autokrasi dan pemerintahan kuku besi.


Monday, August 3, 2009

MLM atau Skim Cepat Kaya sebenarnya?


Assalamualaikum. Sebagaimana yang telah kami nyatakan sebelum ini berkenaan MLM, terdapat beberapa sebab kenapa sebilangan besar MLM yg wujud di Malaysia hari adalah meragukan. Ini kerana beberapa sebab yang telah kami nyatakan iaitu:

  1. Jual 'orang' (downline) lebih dari jual produk. kebanyakan perniagaan MLM hari ini lebih tertumpu kepada mencari orang bawahan lebih dari memasarkan produk tu sendiri. sebenarnye downline bukan org bawahan semata2 tapi adalah pelanggan tetap kepada org atasan (upline). seolah2 mereka 'dipaksa' membeli barang tersebut untuk kekalkan PV.
  2. Mementingkan PV lebih dari jualan barangan itu sendiri. jadi, apakah business sebenar MLM? PV atau barang? sepatutnya PV hanya sebagai penaik semangat untuk berniaga, bukan sebagai maksud utama business dgn memaksa ahli untuk kekalkan PV.
  3. Yuran keahlian yang tak masuk akal. perlu diingat, Islam melarang ghaban fahish (harga yang tak masuk akal dgn nilai sebenar barang). apa yang nak ditonjolkan ialah sesetengah MLM dgn sewenang2 nya meletakkan yuran yg tinggi melampau kepada ahli (hingga ada yg mencecah pulah ribu ringgit!!!). mmg betul mereka diberi barang (itu yg aku sebutkan sebagai pelanggan tetap kpd upline), tp adakah mereka mampu hidup dgn barang tu jer sementara nak dapat balik income diorang semula? ini yg melanda sebilangan besar pelajar2 IPT hari ini (mak bapak, org kampung, kerajaan bagi duit suruh belajar bukan masuk MLM) sampai terpaksa berhutang dgn along (bukan along kepada adik-adikku). ape kes ni? nak bukak business kita buat betul2. masuk latihan industri, MARA, kursus keusahawanan dan mcm2 lg peluang yang kerajaan sediakan....
  4. Menjanjikan pulangan yang lumayan dengan kadar tertentu sedangkan hasilnya belum pasti. perniagaan yg sebegini adalah dilarang. ceritakan perkara sebenar, apa risiko berniaga barang tersebut dan perkara yang perlu dihadapi. bukan hanya menabur janji manis. (surah al-A'raf: 85)
  5. Menjual barang yang terlalu mahal sehingga membebankan ahli. cth: lamberger menjual pelita beraroma harganya mencecah RM 3oo seunit. barang trsebut pula wajib dibeli oleh ahli sedangkan Islam melarang unsur paksaan [surah an-Nisa : 29]. jgn salah faham takrif 'paksaan' tersebut kerana paksaan juga boleh berlaku dgn cara tipu helah dan pujuk rayu. kesannya, ahli yg keciciran dlm business akan menyesal sbb duit poket abis beli 'pelita ajaib', sedangkan mereka telah dijanjikan pulangan yang lumayan.
  6. Sesetengah MLM menjanjikan pulangan lumayan dengan kadar tertentu dengan usaha yang sedikit sedangkan Nabi SAW sendiri mencontohkan perniagaan yang bermula dengan susah, bukannya terus senang dgn sekelip mata.

Setelah kami nyatakan beberapa hujah berkenaan kesan dan implikasi dari MLM ni, terpulanglah kepada anda sama ada ingin terima atau tidak. namun, apa yang jelas adalah sebilangan MLM di Malaysia hari ni (tak semua MLM) hanya bertopengkan business sedangkan mereka adalah di antara syarikat2 Skim Cepat Kaya (SCK) yang hanya ingin menipu masyarakat.

persoalan yang timbul ialah, sekiranya mereka (MLM) mendakwa mereka menjalankan business yang betul, mengapa tidak ada Jawatankuasa Penasihat Syariah dalam syarikat mereka? Ini persoalan yang paling rumit sebenarnya.

Kesan kejatuhan ekonomi dunia hari ni menyaksikan kejatuhan beberapa syarikat MLM yg ada di dunia (termasuk di Malaysia) yg sebenarnya adalah SCK. mana tak nya, produk yang dijual bukannya barang keperluan (dharuriyat atau hajiyat) tapi sekadar pelengkap (tahsiniyat atau kamaliyat) menyebabkan tak de org nak pakai barang2 tersebut di saat kegawatan ekonomi (nak beli pampers anak pun org dah berkira sekarang). sape nak beli penapis air berharga RM2ooo time2 gawat? fikirkan....

Malah yg paling memeranjatkan adalah terdedahnya tembelang 'bapak skim cepat kaya dunia' bernama Bernard L. Mardoff (klik di sini) yang diisytiharkan muflis setelah berjaya mengaut keuntungan berbillion USD. apa yang memeranjatkan adalah, bank gergasi dunia seperti HSBC jugak tak terlepas dari menjadi mangsa Mardoff sehingga dianggarkan kerugian sebanyak USD 1billion!!!
inilah hikmah di sebalik kegawatan ekonomi dunia yang berlaku yang menyaksikan penipu-penipu ni jatuh tersungkur ke bumi.

Apa yang anda lakukan mestilah tercerna dari buah fikiran yang waras. tak semua MLM salah tp perlu berhati-hati.... jangan kerana terlalu rakus ingin mengaut keuntungan yang cepat sehingga menyusahkan kehidupan anak-beranak dan kaum keluarga. Wallahu A'lam

untuk maklumat lebih lanjur sila layari zaharuddin.net


Thursday, July 23, 2009

hukum business MLM menurut Islam


Islam x larang umat dia berniaga. malah Islam sgt menggalakkan krn Nabi SAW juga berniaga. antara sbb kenapa berniaga sgt baik ialah:
1)salah satu medan dakwah
2)mengasah kepimpinan dan disiplin diri
3)jihad ekonomi umat Islam

jd mmg baik berniaga ni....tapi

apa yg merisaukan ialah perniagaaN yg tak ikut sebagaimana syariat sarankan. contohnya berniaga dengan benda yg belum pasti (takde gambaran jelas @ samar)
sebagai contoh MLM yg ade di Malaysia sekarang ni. bukan niat saya nak menghukum, tp realiti semasa menampakkan keraguan dalam kebanyakan MLM yg ada sekarang. sebagai contoh:

1)perniagaan yg hanya mementingkan PV (point value) lebih daripada produk tu sendiri
2)perniagaan barang yg harganya jauh melampaui harga modal sebenar barang tersebut
3)perniagaan yg hanya 'jual' orang (cari downline) lebih dr jual barang
4)perniagaan yg menjanjikan keuntungan kepada masyarakat yg sebenarnya belum pasti

jd, klu diikutkan dari apa yg telah aku sebutkan, adakah anda di luar sana tergolong atau terlibat atau tersangkut dengan perniagaan2 seperti di sebutkan di atas?

bukan niat nak mematahkan semangat, tp fikirkan tentang kebajikan umat bersama. klu perniagaan seperti ni diteruskan, siapa yg akan menjadi mangsa klu bukan bangsa kita sendiri.
bangsa asing kaya raya dengan hasil bangsa kita sedangkan kita hanya kerana keuntungan yg sikit sanggup menghampakan ribuan rakan2 kita.

bukan niat nak memburukkan, tp cuba fikirkan, berapa kerat bangsa asing yg terlibat dengan MLM ni sebagai downline? kebanyakan bangsa asing adalah founder atau mastermind disebalik business MLM ni (downline banyak orang melayu jer..). sebagai contoh, siapa pemilik zullian, amway, costway, CNI, lamberger, latzor, dan pelbagai jenama lain MLM yg aku pun tak ingat???....semua mereka menggunakan bangsa melayu sebagai alat untuk perangkap bangsa melayu yg lain (yg ni satu masalah org melayu, kawan makan kawan)

yg kalut nak masuk hanya orang melayu kita. sebab apa? sebab takut tanggung risiko klu terus start buat business besar.....sebab MLM xpayah pakai modal banyak....sebab tengok member2 yg buat MLM bleh pakai kereta besar (even kereta tu pun belum habis bayar)....sebab ape lg? sebab MLM boleh jadi cepat kaya...dan pelbagai sebab lagi. bangsa kita memang senang di perbudak-budakkan.....

Islam melarang keras unsur penganiayaan termasuklah penganiayaan pada diri sendiri. perniagaan yg diajar dalam islam adalah bermula dari susah, bukannya untung hanya sekelip mata....Nabi SAW sendiri telah mencontohkan bagaimana baginda terpaksa mengembara dan bermusafir beribu-ribu kilometer hanya untuk berniaga, sedangkan kita hanya ingin kaya hanya dengan selangkah saja

klu kata zaman rasulullah tu jauh sangat dgn zaman kita, cuba tengok Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, asal dari anak petani bela lembu ja. Dato' Ameer Ali bin Hj Maidin (pemilik supermarket Mydin yg korang duk pi tu, satu2nya market org Islam yg bleh compete ngan supermarket Tesco dan Giant), bapak dia asal tokey kedai runcit kecik ja..... so, apa reason kita nak senang cepat?

bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. tepuk dada tanya Iman....chow