Tuesday, March 17, 2009

Laknat menurut Islam


"Laknat ko!", biasa kita dengar kalimat ini terpacul dari mulut orang kita. kadang-kadang ucapan itu hanya sekadar gurauan atau bersahaja. namun, apakah pandangan Islam tentang penggunaan kalimah laknat ini?
Sebenarnya, dalam Islam, laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg memang telah dilaknat dalam
al-Quran atau Hadis. sebagai contoh, Firaun, Haman dan Qarun yang sememangnya disebutkan dalam al-Quran. mereka ini telah dilaknat oleh Allah kerana kekufuran mereka. sebagaimana firman Allah:
لعن الذين كفروا من بني إسرائل على لسان داود وعيسى ابن مريم
" Dilaknat golongan kafir dari Bani Israil atas lidah Nabi Daud dan Isa ibn Maryam..."
]dakah boleh kita melaknat sesama kita? Sebenarnya, ulama melarang penggunaan kalimah laknat terhadap orang lain terutamanya orang yg masih hidup. ini kerana laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg benar2 dijanjikan akan dicampakkan ke dalam neraka sebagaimana golongan yg ana sudah sebutkan sblm ini. menurut ulama, dengan penggunaan kalimah laknat itu sebenarnya seolah-olah kita mendoakan supaya orang itu masuk ke dalam neraka. sedangkan setiap waktu pintu taubat masih terbuka untuk mereka dan bagi org islam, mereka mengerjakan solat dan sentiasa memperbaharui iman mereka melalui tasyahud. adakah wajar kita 'menghukum' mereka itu dengan ucapan laknat?
Dalam kes sumpah laknat pula, tiada dalam nas penggunaan sumpah laknat dalam kes2 selain kes
li'an. Li'an adalah sumpah si suami di depan hakim bahawa isterinya telah melakukan zina dan dia bersumpah sebanyak 5 kali termasuk sumpah yg terakhir, bahawa dia akan dilaknat Allah sekiranya dia berbohong. Jadi, sumpah laknat yg dilaksanakan selain kes li'an tidak boleh dijadikan hujah untuk menghukum atau menjatuhkan pihak lain.
Semoga kita menghindari lidah kita daripada terlalu mudah melafazkan laknat terhadap seseorang. Amin.
Wallahu A'lam....

Thursday, March 12, 2009

Asqalani Mengganas!!!


Memang dahsyat member aku yang sorang ni. bukan lagi tamparan, tapi dengan 'tomoi siam' dia bagi. mana tidak nya, habis suma 'dicantas' nya (nasib baik ambo buke sek demo....huhu). start dari 'org atas' sampai ke peringkat akar umbi suma kena taghah (cantas).

klu angpa xpercaya bleh pi lawat blog dia, www.asqalani.blogspot.com. katanya sementara saja, 'ala kulli hal, aku suka isu yg dimainkan. cuma bahasa lue tu kasaq sikit laa bro....hehe.

kepada sahabat2 yg ditegur, biasa la klu kena kritik or kena tegur.... "klu takut pada risiko, jangan bicara tentang perjuangan"-kata DSAI, haha.
pada kawan2 lain, bleh la contohi kawanku yg sorang ni. at least dia berani. berani utk buat perubahan.

soal dakwah secara hikmah, benda tu subjektif. ada masa hikmah dengan lembut, adakala dengan cara yg strict. depand on the situation (speaking London skali-skala). yang penting, terus bergerak. bergerak dengan acuan masing2. skarang ni bukan masa nak bertikam lidah, tapi kita kena muhasabah banyak mana telah kita sumbangkan unuk AGAMA. Wallahu A'lam.

Tuesday, March 10, 2009

Antara cabaran global dan martabatkan bahasa kebangsaan



Baru-baru ni, GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) melancarkan demonstrasi. Tak kira dari pelbagai lapangan, pencinta bahasa kebangsaan menyertai perarakan aman di perkarangan Masjid Negara. Ia bertujuan menyatakan bantahan terhadap sistem pendidikan yang diamalkan sekarang.
Namun, apakah realiti sebenar yang berlaku? Jika dilihat pada statistik terbaru, tiada sebarang peningkatan dibawa hasil daripada penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains. namun tiada sebarang respons daripada pihak kerajaan, dengan pelaburan berbilion ringgit ini. apa yang diwar-warkan adalah, "prestasi tahun ini meningkat". apakah maklumat yang diberikan bertepatan dengan fakta sebenar?
Pihak kerajaan seolah-olah terhimpit, berada di antara dua dilema. "ditelan mati mak, diluah mati bapak" kata orang tua-tua. nak dipertahankan sistem sekarang, ternyata tidak berkesan. nak dimansuhkan, dah berjuta-juta ringgit dihabiskan.
Kalau nak diikutkan, berapa sangat negara maju yang menggunakan bahasa asing untuk memajukan negara mereka? Jepun, Korea, German, Perancis, semua tu menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. bahkan, anak mat saleh yang nak sambung belajar di sana pun terpaksa menguasai bahasa tempat mereka belajar. itulah rahsia kemajuan negara-negara tersebut. namun apa yang telah dilakukan di Malaysia ibarat "tikus baiki labu'. semakin cuba diperbaiki, keadaan semakin parah.
Menurut Tan Sri Datuk Dr. Abd. Aziz Abd. Rahman, perlaksanaan PPSMI tidak sah kerana bertentangan dengan seksyen 17 (1) Akta 550, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang tertakluk di bawah seksyen 28.
Apa yang jelas, sistem yang ada perlu diperbetulkan segera sebelum keadaan semakin kritikal. Ia bukan saja menjejaskan prestasi pelajaran semua pelajar Malaysia, malah akan menyebabkan timbul pelbagai lagi masalah yang lebih besar kelak.

Sunday, March 8, 2009

kenapa aku selalu melakukan dosa?


Kenapa aku selalu melakukan dosa? selepas bertaubat, aku kembali lakukan dosa, kemudian bertaubat. tak sampai beberapa minit buat dosa lagi. adakah aku ni sememangnya makhluk perosak atas muka bumi? adakah aku sememangnya makhluk yang tak pandai bersyukur?
teringat aku apa yang pernah dirungutkan oleh malaikat bilamana Allah Azzawajalla membuat keputusan melantik makhluk bernama manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Rungut mereka: "Adakah Engkau hendak menjadikan di muka bumi orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu Ya Allah?"[S.2:30]
dan teringat aku ketika Allah SWT tetap membela kewujudanku di muka bumi ini dan ingin mengangkat martabatku melebihi makhluk-makhluk lain. sedangkan sifat semulajadiku memang tergesa-gesa.
Firman Allah: "Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang kamu tidak tahu."[S.2:30]
tertunduk malaikat mendengar titah Yang Maha Esa. takut-takut akan membawa kepada kemurkaan-Nya. mereka sedar bahawa apa yang difirmankan-Nya pasti benar.
betapa luasnya Rahim Allah menciptakan moyangku Adam a.s. dengan tangan-Nya, keistimewaan yang tidak diberi kepada mana-mana makhluk pun. kemudian diajarnya dengan ilmu-Nya yang maha luas.
ku rasa seolah-olah aku ni makhluk yang tak kenal dek untung. aku seolah-olah dah rosakkan kepercayaan-Nya kepadaku. sememangnya aku zalim pada diri sendiri.

لا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam orang-orang yang rugi"

Wednesday, March 4, 2009

Kenapa perlu sirr?

Ada orang bertanya pada ana, "kenapa perlu sirr* dalam sesetengah harakah Islam? tidakkah lebih adil bagi semua pihak untuk mengenali mereka secara terang?" pada pandangan ana yang da'if ini, ada alasannya mengapa satu-satu jamaah itu bergerak secara sirr.
Pertama sekali, kita perlu teliti dan fahami secara kritis dengan realiti semasa. adakalanya gerakan sirr ini lebih berkesan daripada apa yang dilakukan secara jahar**. Sebagaimana kisah 'ghulam ad-dakwah' yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada para sahabat baginda (kisah ini terkenal dalam modul-modul usrah. ia juga selalu digunakan sebagai tasyji' kepada adik-adik usrah dalam meneruskan gerakan dakwah).
Banyak pengajarannya kita boleh ambil di sebalik kisah ini. Sesetengah naqib berhujah dengan kisah ghulam dalam membuktikan keutamaan sirr daripada gerakan jahar. Bagaimana ghulam merahsiakan urusannya menuntut ilmu dari seorang rahib (namun pada ana yang hina ini, kisah ghulam ini lebih menekankan aspek keberanian dalam menyampaikan dakwah, wallahu a'lam).
Mungkin bagi golongan ini, bukan masanya untuk menzahirkan jamaah mereka dalam situasi semasa. apa gunanya lantang berhujah namun lemah dalam melaksanakannya? kita juga sedia maklum bagaimana IM pada mulanya bergerak secara sirr. Asy-syahid Hassan al-Banna melakukannya dalam keadaan sirr pada permulaan. Ia sesuai dengan ancaman yang wujud pada ketika itu.
Namun, adakah sesuai dalam suasana di negara Malaysia? Dalam sesetengah kes, ada yang sampai berdusta kepada ibu ayah kerana ikut serta dengan Tamrin yang dilaksanakan secara sirr.
Soal jamaah itu bergerak secara sirr atau jahar bukan pokok utama. Apa yang penting, bagaimana mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh mad'u. Banyak lagi tugas kita sebagai seorang da'ie, untuk membimbing para mad'u yang dalam kehausan akan nur hidayah Islam. wallahu'alam.....
(mungkin penambahan daripada akhi dan ukhti dapat membantu pemahaman ana.)

*sirr=gerakan secara sembunyi
**jahar=gerakan secara terang-terang