Tuesday, March 17, 2009

Laknat menurut Islam


"Laknat ko!", biasa kita dengar kalimat ini terpacul dari mulut orang kita. kadang-kadang ucapan itu hanya sekadar gurauan atau bersahaja. namun, apakah pandangan Islam tentang penggunaan kalimah laknat ini?
Sebenarnya, dalam Islam, laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg memang telah dilaknat dalam
al-Quran atau Hadis. sebagai contoh, Firaun, Haman dan Qarun yang sememangnya disebutkan dalam al-Quran. mereka ini telah dilaknat oleh Allah kerana kekufuran mereka. sebagaimana firman Allah:
لعن الذين كفروا من بني إسرائل على لسان داود وعيسى ابن مريم
" Dilaknat golongan kafir dari Bani Israil atas lidah Nabi Daud dan Isa ibn Maryam..."
]dakah boleh kita melaknat sesama kita? Sebenarnya, ulama melarang penggunaan kalimah laknat terhadap orang lain terutamanya orang yg masih hidup. ini kerana laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg benar2 dijanjikan akan dicampakkan ke dalam neraka sebagaimana golongan yg ana sudah sebutkan sblm ini. menurut ulama, dengan penggunaan kalimah laknat itu sebenarnya seolah-olah kita mendoakan supaya orang itu masuk ke dalam neraka. sedangkan setiap waktu pintu taubat masih terbuka untuk mereka dan bagi org islam, mereka mengerjakan solat dan sentiasa memperbaharui iman mereka melalui tasyahud. adakah wajar kita 'menghukum' mereka itu dengan ucapan laknat?
Dalam kes sumpah laknat pula, tiada dalam nas penggunaan sumpah laknat dalam kes2 selain kes
li'an. Li'an adalah sumpah si suami di depan hakim bahawa isterinya telah melakukan zina dan dia bersumpah sebanyak 5 kali termasuk sumpah yg terakhir, bahawa dia akan dilaknat Allah sekiranya dia berbohong. Jadi, sumpah laknat yg dilaksanakan selain kes li'an tidak boleh dijadikan hujah untuk menghukum atau menjatuhkan pihak lain.
Semoga kita menghindari lidah kita daripada terlalu mudah melafazkan laknat terhadap seseorang. Amin.
Wallahu A'lam....

2 comments:

  1. sy stuju..usah dipersendakan agama islam..jgn dicampur adukkan segala2nya shingga mghina/mpersendakan agama suci ini..sy xmyebelahi sesiapa, sy cuma bharap usahlah myalahgunakan agama islam..adakah dlm segala hal, apa shj yg mlibatkn agama islam dikaji, dirujuk dr para ulama & yg plg pnting mngikut al-quran?salam.

    ReplyDelete