Wednesday, March 4, 2009

Kenapa perlu sirr?

Ada orang bertanya pada ana, "kenapa perlu sirr* dalam sesetengah harakah Islam? tidakkah lebih adil bagi semua pihak untuk mengenali mereka secara terang?" pada pandangan ana yang da'if ini, ada alasannya mengapa satu-satu jamaah itu bergerak secara sirr.
Pertama sekali, kita perlu teliti dan fahami secara kritis dengan realiti semasa. adakalanya gerakan sirr ini lebih berkesan daripada apa yang dilakukan secara jahar**. Sebagaimana kisah 'ghulam ad-dakwah' yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada para sahabat baginda (kisah ini terkenal dalam modul-modul usrah. ia juga selalu digunakan sebagai tasyji' kepada adik-adik usrah dalam meneruskan gerakan dakwah).
Banyak pengajarannya kita boleh ambil di sebalik kisah ini. Sesetengah naqib berhujah dengan kisah ghulam dalam membuktikan keutamaan sirr daripada gerakan jahar. Bagaimana ghulam merahsiakan urusannya menuntut ilmu dari seorang rahib (namun pada ana yang hina ini, kisah ghulam ini lebih menekankan aspek keberanian dalam menyampaikan dakwah, wallahu a'lam).
Mungkin bagi golongan ini, bukan masanya untuk menzahirkan jamaah mereka dalam situasi semasa. apa gunanya lantang berhujah namun lemah dalam melaksanakannya? kita juga sedia maklum bagaimana IM pada mulanya bergerak secara sirr. Asy-syahid Hassan al-Banna melakukannya dalam keadaan sirr pada permulaan. Ia sesuai dengan ancaman yang wujud pada ketika itu.
Namun, adakah sesuai dalam suasana di negara Malaysia? Dalam sesetengah kes, ada yang sampai berdusta kepada ibu ayah kerana ikut serta dengan Tamrin yang dilaksanakan secara sirr.
Soal jamaah itu bergerak secara sirr atau jahar bukan pokok utama. Apa yang penting, bagaimana mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh mad'u. Banyak lagi tugas kita sebagai seorang da'ie, untuk membimbing para mad'u yang dalam kehausan akan nur hidayah Islam. wallahu'alam.....
(mungkin penambahan daripada akhi dan ukhti dapat membantu pemahaman ana.)

*sirr=gerakan secara sembunyi
**jahar=gerakan secara terang-terang

No comments:

Post a Comment