Tuesday, March 10, 2009

Antara cabaran global dan martabatkan bahasa kebangsaan



Baru-baru ni, GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) melancarkan demonstrasi. Tak kira dari pelbagai lapangan, pencinta bahasa kebangsaan menyertai perarakan aman di perkarangan Masjid Negara. Ia bertujuan menyatakan bantahan terhadap sistem pendidikan yang diamalkan sekarang.
Namun, apakah realiti sebenar yang berlaku? Jika dilihat pada statistik terbaru, tiada sebarang peningkatan dibawa hasil daripada penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains. namun tiada sebarang respons daripada pihak kerajaan, dengan pelaburan berbilion ringgit ini. apa yang diwar-warkan adalah, "prestasi tahun ini meningkat". apakah maklumat yang diberikan bertepatan dengan fakta sebenar?
Pihak kerajaan seolah-olah terhimpit, berada di antara dua dilema. "ditelan mati mak, diluah mati bapak" kata orang tua-tua. nak dipertahankan sistem sekarang, ternyata tidak berkesan. nak dimansuhkan, dah berjuta-juta ringgit dihabiskan.
Kalau nak diikutkan, berapa sangat negara maju yang menggunakan bahasa asing untuk memajukan negara mereka? Jepun, Korea, German, Perancis, semua tu menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. bahkan, anak mat saleh yang nak sambung belajar di sana pun terpaksa menguasai bahasa tempat mereka belajar. itulah rahsia kemajuan negara-negara tersebut. namun apa yang telah dilakukan di Malaysia ibarat "tikus baiki labu'. semakin cuba diperbaiki, keadaan semakin parah.
Menurut Tan Sri Datuk Dr. Abd. Aziz Abd. Rahman, perlaksanaan PPSMI tidak sah kerana bertentangan dengan seksyen 17 (1) Akta 550, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang tertakluk di bawah seksyen 28.
Apa yang jelas, sistem yang ada perlu diperbetulkan segera sebelum keadaan semakin kritikal. Ia bukan saja menjejaskan prestasi pelajaran semua pelajar Malaysia, malah akan menyebabkan timbul pelbagai lagi masalah yang lebih besar kelak.

No comments:

Post a Comment