Sunday, March 8, 2009

kenapa aku selalu melakukan dosa?


Kenapa aku selalu melakukan dosa? selepas bertaubat, aku kembali lakukan dosa, kemudian bertaubat. tak sampai beberapa minit buat dosa lagi. adakah aku ni sememangnya makhluk perosak atas muka bumi? adakah aku sememangnya makhluk yang tak pandai bersyukur?
teringat aku apa yang pernah dirungutkan oleh malaikat bilamana Allah Azzawajalla membuat keputusan melantik makhluk bernama manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Rungut mereka: "Adakah Engkau hendak menjadikan di muka bumi orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu Ya Allah?"[S.2:30]
dan teringat aku ketika Allah SWT tetap membela kewujudanku di muka bumi ini dan ingin mengangkat martabatku melebihi makhluk-makhluk lain. sedangkan sifat semulajadiku memang tergesa-gesa.
Firman Allah: "Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang kamu tidak tahu."[S.2:30]
tertunduk malaikat mendengar titah Yang Maha Esa. takut-takut akan membawa kepada kemurkaan-Nya. mereka sedar bahawa apa yang difirmankan-Nya pasti benar.
betapa luasnya Rahim Allah menciptakan moyangku Adam a.s. dengan tangan-Nya, keistimewaan yang tidak diberi kepada mana-mana makhluk pun. kemudian diajarnya dengan ilmu-Nya yang maha luas.
ku rasa seolah-olah aku ni makhluk yang tak kenal dek untung. aku seolah-olah dah rosakkan kepercayaan-Nya kepadaku. sememangnya aku zalim pada diri sendiri.

لا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam orang-orang yang rugi"

No comments:

Post a Comment