Friday, March 18, 2011

Sumbangan al-Imam al-Syafi’i dalam disiplin ilmu khususnya dalam ilmu usul al-fiqh.


Latar Belakang.
Nama penuh al-Imam al-Syafi'i ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Idris Ibn al-Abbaas Ibn ' Uthman Ibn Syaafi' lbn al-Sa' ib Ibn 'Ubaid Ibn Abd. Yazid Ibn al-Muttalib Ibn Abd Manaf, moyang kepada Nabi Muhammad s.a.w.[1]
Bapa beliau berasal dari Tha’balah, sebuah daerah yang masyhur di antara Madinah dan Yaman. Bagaimana pun beliau tidak tinggal di situ, sebaliknya menetap di Asqalan , Palestin dan meninggal di situ.[2] Sementara ibunya pula Fatimah bt. Abdullah dari keturunan 'Uzd[3] seorang yang terkenal dengan warak dan rupawan. Beliau dikatakan banyak mempengaruhi jalan hidup al-Syafi'i.
Al-Syafi’i dilahirkaan di Ghazzah, Syam (Syria) pada tahun 150 Hijrah iaitu pada tahun kematian al-Imam Abu Hanifah. Sejak kecil lagi, ibu al-Syafi'i memindahkan anaknya itu ke Mekah, tempat di mana majoriti orang Quraisy berada ketika beliau masih berusia dua tahun. Di bumi Mekah, al-Syafi'i mula menuntut ilmu. la bermula dengan menghafal al-Quran yang mengambil tempoh yang singkat sahaja. Kemudian beliau menumpukan kepada hadis
Beliau telah pergi ke kawasan pedalaman, hidup bersama Bani Huzail selama sepuluh tahun bagi memantapkan ilmu bahasa arab. Di situlah beliau mula mengenali sejarah masyarakat Arab dan menghafal puisi mereka.
Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di Mekah. Beliau mula belajar daripada para ulama tempatan. Tidak berapa lama di situ beliau muncul sebagai ahli tafsir yang mahir, ahli fiqh yang matang dan pakar dalam bahasa, walaupun pada waktu itu usianya masih sangat muda. Dengan keunggulannya itu beliau mula mengajar kepada orang ramai di Masjid al-Haram.
Untuk menambah ilmunya, al-Imam al-Syafi'i kemudiannya berpindah ke Madinah untuk menuntut ilmu dengan al-Imam Malik (179H), pemimpin aliran Madinah yang namanya masyhur di seluruh dunia Islam ketika itu.
`Sebelum pergi ke Madinah beliau telah menghafal kitab al-Muwatta karangan al-Imam Malik. Sesudah berada di Madinah di bawah bimbingan al-Imam Maalik beliau terus menjadi pelajar sepenuh masa kepada imam tersebut sehinggalah al-Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179H. Pada waktu itu al-Syafi'i sudah mencapai umur 29 tahun, iaitu selepas lebih sepuluh tahun berada di Madinah. Ini bererti al-Syafi'i telah mempelajari semua ilmu aliran Hijjaz samada dari para guru beliau di Mekah mahupun dari para guru beliau di Madinah. Tidak berapa lama selepas kematian al-Imam Malik, al-Syafi'i kembali semula ke Mekah.
Kemasyhuran beliau kemudiannya tersebar luas, bukan sahaja di Yaman tetapi juga di daerah-­daerah lain. Oleh kedudukan beliau yang masyhur ini para bekas guru beliau di Mekah mencadangkan supaya al-Syafi'i tidak lagi bekerja dengan kerajaan, tetapi sebaliknya menumpukan kepada bidang ilmu. Bagaimana pun beliau memilih untuk terus menjadi pegawai kerajaan dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pegawai di Najran.
Dalam melaksanakan tugasnya di Najran al-Syafi'i difitnah sebagai menentang kerajaan. Dengan itu beliau telah di bawa mengadap khalifah Harun Amin al-Rasyid di Baghdad. Di ibu kota, negara Islam itu beliau terlepas daripada hukuman bunuh atas campur tangan seorang ulama besar Baghdad pada waktu itu, Muhammad Ibn al-Hasaan, murid kepada al-Imam Abu Hanifah. Beliau kemudiannya diserahkan oleh khalifah kepada Muhammad Ibn al-Hasan sebagai penjaminnya.
Peluang berada di samping ulama besar Iraq itu telah diambil sepenuhnya oleh al-Syafi'i untuk mempelajari Fiqh Iraq. Pada waktu itu beliau berusia tiga puluh empaat tahun, iaitu pada tahun 184 hijrah. Untuk itu beliau mula membaca buku-buku karangan Muhammad Ibn al-Hasan dan mengikuti kelas-kelas pengajarannya.
Apabila Muhammad Ibn al-Hasan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah, al-Syafi'i pulang ke Mekah. Di Mekah beliau menyambung tugas keilmuannya dengan lebih sempurna. Kerana pada waktu itu dia bukan sahaja mahir dalam fiqh Hijjaz, tetapi juga mahir dalam fiqh Iraq. Dengan kata lain, beliau sebenarnya telah terbentuk sebagai suatu faktor yang berbeza daripada aliran-aliran yang sudah ada pada waktu itu.
Pengasas ilmu Usul al-fiqh.
Kemasyhuran al-Syafi'i di Masjid al-Haram dan pembaharuan yang dicetuskan oleh beliau dalam metodologi fiqh yang dikenali sebagai ilmu usul al-fiqh. Beliau dikatakan sebagai orang pertama menyusun ilmu ini.[4] kemudiannya terus tersebar ke daerah-daerah lain termasuk Iraq. Para ulama pada keseluruhannya menyambut baik perkembangan baru di bidang fiqh itu .
Seorang tokoh ulama di Iraq, Abdul Rahman Ibn Mandi (m.198H) telah menulis surat kepada beliau supaya menulis untuknya sebuah kitab tentang pengertian al-Quran, riwayat-riwayat hadis yang boleh diterima, kewibawaaan Ijma' serta keterangan-keterangan mengenai nasikh dan mansukh dalam al-Quran dan al-Sunnah.. Untuk memenuhi permintaan tersebut al-Syafi'i lalu menulis kitab al-Risalah dan menghantarnya kepada Ibn Mandi melalui al-Harith Ibnu Suraij al-Naqqal al-Khawarizmi (m.236H)[5]
Kejayaan beliau mengasaskan satu disiplin ilmu baru yang kemudiannya dikenali sebagai "Usul al-Fiqh" itu kemudiannya telah meyakinkan al-Syafi'i untuk mengemukakan hasil penyelidikan beliau itu kepada para fuqaha yang lain. Bagi tujuan tersebut beliau memutuskan untuk pergi ke Baghdad, pusat perhimpunan para fuqaha pada waktu itu, sesudah Madinah tidak lagi memainkan peranan seperti itu selepas kematian al-Imam Malik pada tahun 179 Hijrah.
Sebaik sahaja sampai ke Baghdad beliau terus mengajar di al-Jami' al-Gharbi. Dengan segala pemikiran dan metod baru yang dibawanya al-Syafi'i menjadi terkenal dalam dunia keilmuan.[6] Apa yang jelas, beliau telah berjaya menghidupkan kembali pengajian al-Sunnah sebagai asas kepada pengajian fiqh. Sebelum itu al-Sunnah dipelajari dari aspek periwayatannya sahaja.
Pembaharuan yang dibawa oleh beliau itu telah berjaya mewujudkan satu suasana baru dalam dunia keilmuan di Baghdad pada waktu itu. Disamping berjaya mewujudkan satu dimensi baru kapada aktiviti keilmuan di kalangan para ulama hadith, beliau juga berjaya meredakan keterlaluan para fuqaha ahl al-Ra’y dalam mengemukakan hujah bagi mempertahankan pandangan mereka. Malah beliau berjaya mengasaskan satu metod baru yang bersifat kompromi di antara pandangan Ahl al-Hadis dan Ahl al-Ra’y.
Asas-asas metodologi kepada fiqh beliau telah ditulis oleh beliau dalam al-Risalah, sementara mengenai fatwa beliau pula ditulis dalam bukunya al-Hujjah yang juga dikenali sebagai al-Mabsut.
Melalui aktiviti-aktiiti ilmiah beliau ini juga al-Syafi'i berjaya melahirkan banyak para pelajar yang kemudiannya menjadi tokoh-tokoh besar. Antara mereka ialah Ahmad Ibn Hanbal (241H).
Selepas dua tahun berada di Baghdad, al-Syafi'i pulang ke Mekah. Pada mulanya tujuan kepulangan tersebut adalah untuk bertemu bekas guru beliau dan untuk menyelesaikan masalah peribadi sebagai persiapan untuk terus berada di tempat lain daripada Mekah secara menetap, samada di Baghdad atau di mana saja. Oleh kerana itu beliau tidak berada lama di Mekah kerana beliau terus pergi sekali lagi ke Baghdad selepas beberapa bulan sahaja berada di Kota suci itu. Pemergian beliau ke Baghdad buat kali ketiga ini berlaku pada tahun 198H.
Beberapa bulan sahaja di Baghdad, beliau terus ke Mesir dan sampai ke negeri itu pada tahun 198 hijrah. Mengikut sesetengah pengkaji, ada dua sebab mengapa al-Syafi'i tidak berada lama di Baghdad pada kali ini. Kedua-dua sebab tersebut berbangkit daripada penguasaan al-Ma'mun ke atas kerajaan pada waktu itu dan perlantikan beliau sebagai khalifah sesudah kematian bapanya khalifah Harun al­-Rasyid.
Pertamanya, pertentangan antara al-Amin dan al-Ma'mun yang berlaku sebelum perlantikan tersebut sebenarnya pertentangan secara proksi antara dua suku kaum terbesar dalam Negara Islam pada waktu itu, iaitu Arab yang menyokong al-Amin, dan kaum Farsi yang menyokong al-Ma'mun. Kemenangan al-Ma'mun dalam rebutan tersebut tidak boleh diterima oleh al-Syafi'i, kerana ia bererti kemenangan unsur Farsi atas unsur Arab.
Keduanya, al-Ma'mun lebih cenderung kepada golongan Mu'tazilah. iaitu suatu aliran pemikiran yang tidak boleh diterima oleh al-Syafi'i yang berpegang dengan aqidah aliran ahl sunnah wal-jamaah.
Sebaliknya di Mesir, gabenor di daerah tersebut seorang berbangsa Arab keturunan Bani Hasyim, iaitu yang ada ikatan kekeluargaan dengan beliau. Malah sesetengah pengulas berpendapat gabenor itulah yang menjemput al-Syafi'i ke sana.
Di Mesir, populariti beliau di bidang fiqh dan usul al-fiqh ini bertambah dengan cepat sekali. Dalam masa yang singkat sahaja ramai orang menganuti mazhabnya. Ia bukan sahaja berlaku di Mesir, tetapi juga di segenap ceruk rantau dunia Islam pada waktu itu. Di sanalah juga imam al-Syafi’i mengubah qaul beliau yang lama (qaul qadim) semasa di baghdad kepada qaul yang baru (qaul jadid). Ia terkandung dalam karangan fiqh terulung beliau, al-Umm. Ia merupakan renovasi dari kitab al-Hujjah karangan lama beliau semasa di Baghdad.
Pandangan al-Imam al-Syafi’i dalam ilmu Aqidah.
Terdapat beberapat pendirian al-syafi’i dalam soal aqidah. Antaranya ialah: [7]
1.      Sumber utama aqidah adalah al-Quran dan Sunnah. Beliau juga menerima hadith Mutawatir dan hadith Ahad yang sahih sebagai sumber aqidah.
2.      Beliau sangat menentang ilmu kalam yang tidak dipandu oleh al-quran dan sunnah. Ia jelas tergambar dalam kata-katanya sebagaimana berikut, “ jikalau manusia mengetahui hawa nafsu yang terdapat di dalam ilmu kalam, pastinya mereka akan melarikan diri daripadanya seperti mereka melarikan diri dari singa”.
3.      Menerima apa sahaja yang dibawa oleh al-Quran dan as-Sunnah mengenai sifat-sifat Allah tanpa bertanya bagaimana bentuknya, dan tidak pula mentakwilkannya menurut logik akal semata-mata. Beliau juga tidak menafikan mana-mana sifat Allah yang terdapat dalam al- Quran dan as-Sunnah.
4.      Nas-nas diterima mengikut zahirnya, iaitu yang bersesuaian dan layak bagi Allah, tanpa menyamakan Allah dengan makhluk (tasybih), tanpa menafikan sifat Allah (ta’til) dan tanpa mentafsirkan menurut logik akal (takwil).
5.      Imam al-Syafi’i tidak membeza-bezakan para sahabat kecuali dengan apa yang dibawa oleh al-Quran dan sunnah sahaja.[8]
6.      Imam al-Syafi’i menolak Syiah Rafidah. Beliau pernah berkata, “aku tidak pernah melihat di kalangan orang yang sesat dan menuruti hawa nafsu lebih kuat menipu daripada golongan Rafidhah (Syiah).[9]
Kesimpulan.
            Keterbukaan al-Imam al-Syafi’i dalam menerima apa saja bentuk ilmu menjadikan beliau begitu bersifat objektif dalam bidang keilmuan. Bukanlah suatu proses yang mudah untuk kekal menghormati keilmuan aliran hadith (madrasah al-Hadith) disamping melakukan anjakan paradigma di bawah pengaruh aliran pemikiran ( madrasah al-Ra’y). Malah lebih sukar lagi untuk melakukan kompromi antara kedua-duanya dalam suasana pertentangan pendapat yang tajam berasaskan mentaliti analisis yang benar-benar komprehensif. Paling sukar ialah untuk berurusan dengan masyarakat ilmuan yang terdiri daripada berbagai aliran secara yang boleh mengekalkan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Di kemuncak semua ini beliau adalah seorang faqih yang mempunyai kefahaman yang sangat mendalam tentang syariat Islam.


[1] Ibn Hazm, Jamharah Ansab al- Arab, maktabah misykat al-islamiyah, (t.t), hlm. 20
[2] Ibn Hajar, Tawala al-Ta’sis, hlm. 73
[3] Al-Nawawi, al-Majmu’, jil. 1, hlm. 14
[4] Ibn Khaldun, Muqaddimah, maktabah at-tijaryah al-kubra, kahirah, (t.t), hlm. 452
[5] Yaqut al-Hamawi, Mu’jam al-Udaba’, jld. 17, hlm. 313
[6] An-Nawawi, Tahdzib,  jld. 1, hlm. 63
[7] Al-Dhahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, jld. 10, hlm. 16
[8] Al-Razi, Adab al-Syafi’i wa Manaqibuhu, hlm. 189
[9] Ibid. hlm. 187

Wednesday, January 26, 2011

Adakah kerajaan Syiah benarkan Sunni 'hidup' di Iran?

Penulis terbaca artikel tentang wujudnya masjid di negara Syiah Rafidhah Iran. Artikel tersebut bertarikh 23 June 2010 (klik sini). Hairannya, kenapa setelah sekian lama, baru nak dibina masjid utk Sunni di Iran? Setelah sekian lama masyarakat Islam Sunni menderita di bumi Rafidhah Iran, kini mereka ingin menunjukkan betapa toleransinya mereka dengan Umat Islam Sunni di seluruh dunia.

Hakikatnya, dasar luar negara yang cuba dimainkan mereka tidak seindah dasar di dalam negara mereka. Negara Syiah Iran mendakwa bahawa, Sunni adalah agama yang belum sempurna dan usaha2 untuk memurtadkan mereka menjadi Syiah sedang giat dijalankan di negara tersebut (klik sini). Jadi, adakah menjadi kesalahan untuk membawa mereka ke ISA (diberi makan dan minum percuma dgn kemudahan2 lain tanpa disiksa) untuk membetulkan aqidah mereka kepada Islam sejati?

Jika dasar negara Syiah Iran boleh, mengapa negara kita yang majoritinya penganut Sunni tidak boleh? penulis terbaca di dalam satu web berkenaan cerita sebenar yang menimpa masyarakat Islam Sunni di Iran (klik sini). Hakikatnya umat Islam di sana disiksa dan ditindas seperti yang diperlakukan oleh rejim yahudi ke atas umat Islam Palestin. Sumber yang penulis dapat adalah seperti berikut:

Selepas didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama Sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti Sunni membina masjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu sewaktu permulaan revolusi di mana regime Iran belum lagi mempunyai kekuasaan penuh terhadap Negara, pihak Muslim Sunni Berjaya membina banyak masjid di kawasan-kawasan majoriti mereka.

Malangnya pembinaan masjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama Sunni diinaya dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan “Wahabism”. Kes-kes begini telah menyebabkan masjid-masjid diruntuhkan atau disita oleh pihak regim. Yang peliknya dalam ibukota Tehran sendiri, di mana terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain, tidak terdapat walaupun satu masjid untuk Muslim Sunni. Inilah bukti bahawa regim Syiah amat takutkan Muslim Sunni, seperti apa yang dikatakan oleh Molavi abdul Aziz bahawa “mereka malah tidak membenarkan kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrap, sementara pembinaan masjid dan sekolah agama pula akan menganggu mereka”.



Selepas itu, banyak masjid dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Syiah Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan masjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah masjid yang telah dimusnahkan oleh regim Syiah Iran.

1) Masjid Sunni di Ahwaz adalah masjid pertama diruntuhkan dan di atas tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.

2) Masjid Torbate-Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.

3) Masjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – Dirobohkan dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan Wahabism.

4) Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.

5) Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.

6) Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian seorang pakar fizik. Masjid disita dan dijadikan panggung wayang.

7) Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed -berusia 200 tahun. Arahan dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian Syiah Iran, Khomeini. Selepas itu, berpuluh-puluh lagi masjid di Zahedan dan Kurdistan dimusnahkan.

Bunuh Pemimpin Sunni



Selagi mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan lain-lain Muslim Sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan samada melalui penginayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin Sunni.

Program pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di kawasan majority Sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio, tv dan sumber-sumber lain. Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini berulangkali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “kita musnahkan masjid-masjid Sunni tapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka, oleh itu kita perlu rogol wanita mereka, kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif, dan apabila mereka mula berprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka”. Dalam perkara berkaitan, seorang ulama muda Syiah mengaku telah merogol 60 wanita Sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan Sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh agen regim).

Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:

20 September 2010 - Sunnionline

KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama Sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.
Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama Sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha kearah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.



21 Jun 2010



TEHRAN: Abdolmalek Rigi (gambar)- digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA.
“Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin ,” kata IRNA.

Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabism, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.

Ayatollah Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regime Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regime padan 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.

Monday, January 24, 2011

Faisal Tehrani: Statistik Penduduk Syiah Dunia


Tertarik dengan entri terbaru Dr. Faisal Tehrani bertajuk: “mereka sesat?” ape yang menarik ialah dakwaan beliau bahawa Kamil Zuhairi digelar sebagai Hujjatul Islam di Malaysia. Dalam ramai2 ulama yg lebih faqih dari Kamil, dia juga yg dipilih memegang gelaran Hujjatul Islam. Tidak dapat dinafikan pengarang sendiri tidak mengiktiraf Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Mat bahkan menggelar tuan guru sebagai ‘tua nyanyuk’. Jadi, memang nama tuan guru tidak ada dalam ‘book’ pengarang untuk memegang gelaran ini.

Siapa Kamil Zuhairi? Alim sangatkah tokoh Syiah ini sehingga digelar ‘hujjatul Islam’ yang pernah diberikan kepada Imam al-Ghazali yang terkenal dengan kefaqihannya dalam semua bidang ilmu islam termasuk aqidah, syariah dan tasawwuf? Dimana beliau mendapat pendidikan agama dan berapa lama di sana? Kalau dari segi adat di kalangan orang2 Syiah, mereka akan di’kader’kan di negara Syiah Rafidhah IRAN selama beberapa tahun(termasuk pengarang sendiri yang pernah belajar disana sehingga membawa jolokan al-tehrani). Mereka akan belajar bagaimana untuk menjawab persoalan2 dan kemusykilan2 yang pernah timbul di zaman awal Syiah (lihat khilaf dalam karangan al-Kulaini bertajuk Usul al-Kafi sudah memadai).

Seperkara lagi yang menghairankan adalah, al-tehrani mendakwa jumlah Syiah yang terlalu ramai di seluruh dunia sehingga tidak memungkinkan mereka ini dari golongan yang sesat. Sebagai contoh, al-tehrani mendakwa Syiah di Arab Saudi berjumlah 30 juta orang! Bahkan di Madinah sahaja sekitar 50 ribu orang Syiah! Ini satu fakta yang bembingungkan kerana apa yang ana dapat dari web kaji selidik penduduk dunia (klik sini),setakat jumlah penduduknya baru sekitar 25,731,776. Dalam satu sumber lain menyebut baru sekitar 27,136,977 (klik sini). Baiklah, kalau jumlahnya dianjakkan kepada jumlah puluh juta terhampir, jadilah 30 juta. Maka, seluruh penduduk Islam di Arab Saudi adalah Syiah! Fakta yang agak dangkal ini boleh mengelirukan peminat2 beliau yang sangat ‘cintakan’ hasil nukilan beliau. Bahkan dikatakan lagi, sejumlah 50 ribu penganut Syiah di tanah haram Madinah al-Munawwarah! Memang fakta yang ‘menarik’ untuk ditatap oleh peminat2 novel al-tehrani.

Sebenarnya beliau berkelulusan syariah di Universiti yang sama dengan ana bahkan senior yang lebih lama dari ana. Tapi mungkin disebabkan terlalu lama tidak membuat ‘footnote’ menyebabkan beliau terlupa untuk menyelidik fakta sebenar.
Hayatilah firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6:
يأيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Sebagai seorang yang mengaku dirinya mukmin, janganlah mudah teperdaya dengan omong-omong kosong yang tidak berdalil dan berfakta ini. Selidik dan perhalusilah setiap apa yang dinyatakan oleh al-tehrani kerana beliau sekarang sudah mula menunjukkan belangnya sebagai pengikut Syiah yang setia setelah sekian lama menyembunyikan identitinya di dalam keindahan bahasa novel yang puitis dan mempersona.



Awas- Syiah Rafidhah hampir menakluk Lubnan!


Kedudukan sunni semakin terancam di bumi lubnan.
Lubnan merupakan negara yang menjadi rebutan di kalangan kuasa-kuasa dunia. Penganutnya yang majoritinya beragama islam dan majority umat Islam adalah adalah sunni. Sejak akhir-akhir ini, kelihatan bumi Lubnan mula kembali bergolak dengan kehadiran golongan syiah Rafidhah Hizbullah di sana. Kelihatan seperti hizbullah ini memperjuangkan Islam, menjaga kebajikan umat islam di Lubnan dan menentang kekejaman israil dan amerika laknatullah. Namun hakikatnya semua itu hanya retorik semata-mata.
Hizbullah yang ditaja khas oleh negara Yahudi Isfahan (IRAN) dilihat cuba meluaskan empayar kesesatannya, di bumi Sunni sedikit demi sedikit.
Zahirnya, krisis di Lubnan kelihatan seperti perselisihan di antara Islam-Kristian dan Sunni-Syiah. Namun hakikatnya ia merupakan pertembungan di antara agaman Islam dan agama Kristian&Syiah Rafidhah.
Jelas di dalam hadis Muslim: “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi kota Isfahan (Iran), mereka memakai al-Tayalisah”. Pakaian tayalisah adalah pakaian rasmi agama ini. Ia berbentuk kot labuh yg kebiasaannya bewarna hitam.

Jadi, syiah adalah yahudi Isfahan? Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana perbezaan yang besar antara akidah kita dan mereka.
1.Syahadah mereka berbeza dengan kita (klik di sini utk lihat azan syiah)
2.Sifat Tuhan mereka (al-Bada’-boleh terlupa dan tersalah) berbeza dengan Tuhan kita (Maha Mengetahui)
3.Quran mereka 100% tidak sama dgn kita (bahkan al-Quran kita dikatakan rekaan semata-mata)
4.solat mereka tidak sama dgn kita (cth: bleh jamak tanpa sebarang sebab)
5.Munakahat mereka menyimpang jauh dari kita (cth: mut’ah- menggalakkan zina)
6. hampir kesemua sahabat2 nabi dikafirkan mereka (termasuk ummul mu’minin).
Dan banyak lagi perbezaan antara kita agama Islam dengan agama Syiah Rafidhah ini.
Jadi, dimana ruang untuk kita taqrib (berbincang) dengan mereka? Bertaqrib dengan Syiah Rafidhah sama seperti bertaqrib dengan Yahudi laknatullah kerana byk persamaan mereka dengan Yahudi.
Penentangan mereka dengan negara yahudi Israel dan Amerika adalah ‘sandiwara’ dan ‘drama bersiri’ mereka yang pelakon-pelakonnya adalah watak yang sama.
Konsep mereka berhujah adalah bermain dengan persoalan yang sama tanpa cuba berhujah dengan dalil2 yang kuat (yang diorang tahu tanya balik soalan. Klu dalam court mmg fail lama dah). Walaupun telah dijawab, mereka tetap cuba untuk bermain dalam lumpur yang sama tanpa cuba menjawab soalan (alasannya, sunni tidak menjawab soalan).
Hakikatnya itulah Syiah Rafidhah sebenarnya. Ajaran sesat tertua di dunia yang telah wujud sejak dari zaman Saidina Utsman RA lagi bahkan lebih awal dari itu (Ibn Saba’).
Hizbullah menjadi parti politik yang sah mewakili masyarakat Syiah di Lubnan dan menjadi parti terbesar dan pengaruh yang kuat di Lubnan. Bantuan kewangan Iran ini atas nama membantu Program Pemulihan Islam Lubnan yang hakikatnya gerakan memurtadkan umat Islam Lubnan.
Jika keadaan ini terus dibiarkan, maka bumi Lubnan akan bertukar menjadi seperti IRAN dan IRAQ yang mana umat Islam Sunni di sana ditindas dan dihapuskan sedikit demi sedikit. Bumi IRAQ kini menjadi bumi Syiah melakukan khurafat yang nyata. (Perayaan Karbala= kavadi). Tidak mustahil, negara Malaysia juga bakal menerima nasib yang sama jika negara kita menerima pendekatan yang sama dengan negara2 Arab yang lain. Na’uudzubillaahi min Dzaalik.

Sunday, January 23, 2011

Keutamaan Sifat Para Sahabat (Radhi Allahu ‘anhum).

Sememangnya Allah SWT telah memuliakan hamba-hambaNya yang beriman dengan darjat yang tertinggi dan teristimewa. Tanda-tanda Allah SWT memuliakan hamba-hambaNya ini adalah, diberikan nikmat Iman dan nikmat Islam kepada mereka. Antara mereka adalah golongan anbiya’(nabi-nabi), syuhada’(pejuang2 syahid) dan solihin(orang2 soleh).
Para Sahabat radhi Allahu anhum adalah golongan manusia yang terpilih dari kalangan orang2 yang soleh. Mereka adalah pencinta agama yang ikhlas dan taat. Mereka menjadi pendamping setia kepada Rasulullah SAW, membenci kekufuran, mencintai keimanan. Kehidupan mereka di dunia sangat zuhud dan sangat ghairah kepada kehidupan akhirat. Keberadaan mereka telah dijanjikan oleh Allah SWT sejak dari zaman nabi Musa AS di dalam kitab taurat dan di zaman Nabi Isa AS dalam kitab Injil. Merekalah sebenar-benarnya pembela ISLAM. Sebagaimana yang terungkap di dalam surah al-Fath ayat 29:

 مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً

Maksudnya: “Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat pada wajah mereka dari kesan sujud (disebabkan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar”.


Berkata Ibnu Mas’ud (radhi Allahu anhu): “Sesungguhnya Allah SWT menilik ke dalam hati2 para hambaNya maka dia telah memilih Muhammad SAW dan mengutus baginda dengan risalahNya dan memilihnya berdasarkan ilmuNya (yang Maha Luas). Kemudian Dia menilik ke dalam hati manusia2 selepas baginda maka Dia memilih Para Sahabat (Radhi Allahu ‘anhum) untuk baginda lalu menjadikan mereka penolong2 agama dan pembantu rasulNya. Oleh itu, sesuatu yang dilihat baik oleh orang2 yang beriman, maka ia adalah baik di sisi Allah SWT. Sebaliknya, sesuatu yang dilihat buruk oleh orang2 beriman maka ia adalah buruk di sisi Allah SWT[1]”.
Saidina Ali (Radhi Allahu anhu) menggambarkan perihal Para Sahabat (Radhi Allahu ‘anhum) melalui ungkapan beliau[2]: “Demi Allah! Sesungguhnya aku telah melihat Para Sahabat Muhammad SAW di mana aku tidak melihat apa-apa pun pada hari ini yang menyerupai mereka. Mereka berpagi-pagi di dalam keadaan pucat. Rambut yang tidak terurus dan berpakaian berdebu di mana terdapat tanda hitam bagaikan kepala lutut anak kambing di antara dua mata mereka[3]. Mereka menghabiskan waktu malam dengan sujud dan rukuk (sibuk mengerjakan tahajjud) membaca kitab Allah (al-Quran) lalu mereka mendapat kerehatan[4] di dalamnya di antara dahi dan tapak kaki mereka[5]. Mereka berpagi-pagi dengan berzikir kepada Allah di mana keadaan mereka di waktu itu seumpama pokok yang ditiup oleh angin dan bercucuranlah air mata mereka sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kaum yang ada sekarang menghabiskan waktu malam mereka di dalam keadaan lalai”.
Jelaslah bahawa, kehidupan yang ditempuhi mereka sangatlah zuhud dan kecintaan mereka kepada kemewahan dunia sangat sedikit sekali. Berbeza dengan kita yang terlalu banyak cintakan dunia dan kebesaran2 dunia menanah di dalam hati kita sehingga menjadi penyakit al-wahnu yang menakutkan[6]. Kerunsingan mereka yang tinggi terhadap akhirat serta pandangan yang jauh di dalam menyebarkan Islam dan kebaikannya ke seluruh alam memang tiada tolak bandingnya.
Menurut Syeikh Abu al-Hassan Ali an-Nadawi, umat Islam hari ini lebih terpengaruh dengan cerita2 mengenai ahli zuhud, para masya’ikh mereka, dan para awliya’ muta’akhkhir. Lantas, hari ini dipenuhi dengan kisah2 tentang keramat para wali dan hikayat2 yang tidak bersumber. Manusia mula terpengaruh dengan kisah dongengan sehinggakan majlis2 nasihat, khutbah, pelajaran dan lembaran kitab hanya dipenuhi dengan hikayat seperti itu.
Renungilah firman Allah SWT dalam surah an-nisa’ ayat 115:

 وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً

Maksudnya: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.
Sabda Rasulullah SAW:
أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم
Maksudnya: “Sahabatku umpama bintang-bintang, sesiapa sahaja yang kamu ikut kamu akan diberi petunjuk”[7].
Maka janganlah terlalu mudah untuk menghina para sahabat tidak kiralah samada Abu bakar, atau Umar, Utsman dan Ali (Radhi Allahu ‘Anhum). Mereka semua berada di kedudukan yang mulia. Seharusnya kita menjadikan mereka sebagai contoh teladan.


[1]Hilyah al-Awliya’ karangan Abu Nu’aim, j. 1, hlm. 375. Juga disebut oleh al-Bazzar di dalm Al-Kabir dan al-Hakim di dalam Mustadrak beliau. Diriwatkan juga oleh Ahmad di dalam musnadnya dengan isnad yang sahih dari perkataan Ibn Abbas. Di dalam Al-Istii’aab karangan Ibnu Abd al-Barr, j. 1, hlm. 6, tanpa menyebut: “dan sesuatu yang dilihat baik oleh orang2 beriman…..” hingga akhir.
[2] Al-Bidayah wan-Nihayah, Al-Hafiz Ibnu Katsir, j. 8, hlm. 6
[3] Menunjukkan kuatnya ibadat para sahabat di waktu malam (tahajjud) sehingga menjadi pucat dan berbekas dahi mereka.
[4] Kanz al-‘Ummal, Al-Multaqa al-Hindi, j. 8, hlm. 219
[5] Para Sahabat memperoleh ketenangan (sakinah) di dalam tahajjud mereka.
[6] Menurut satu hadis, al-wahnu membawa maksud cintakan dunia, takutkan mati.
[7] Jam’ul Fawa’id, , j. 2, hlm. 201