Monday, January 24, 2011

Faisal Tehrani: Statistik Penduduk Syiah Dunia


Tertarik dengan entri terbaru Dr. Faisal Tehrani bertajuk: “mereka sesat?” ape yang menarik ialah dakwaan beliau bahawa Kamil Zuhairi digelar sebagai Hujjatul Islam di Malaysia. Dalam ramai2 ulama yg lebih faqih dari Kamil, dia juga yg dipilih memegang gelaran Hujjatul Islam. Tidak dapat dinafikan pengarang sendiri tidak mengiktiraf Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Mat bahkan menggelar tuan guru sebagai ‘tua nyanyuk’. Jadi, memang nama tuan guru tidak ada dalam ‘book’ pengarang untuk memegang gelaran ini.

Siapa Kamil Zuhairi? Alim sangatkah tokoh Syiah ini sehingga digelar ‘hujjatul Islam’ yang pernah diberikan kepada Imam al-Ghazali yang terkenal dengan kefaqihannya dalam semua bidang ilmu islam termasuk aqidah, syariah dan tasawwuf? Dimana beliau mendapat pendidikan agama dan berapa lama di sana? Kalau dari segi adat di kalangan orang2 Syiah, mereka akan di’kader’kan di negara Syiah Rafidhah IRAN selama beberapa tahun(termasuk pengarang sendiri yang pernah belajar disana sehingga membawa jolokan al-tehrani). Mereka akan belajar bagaimana untuk menjawab persoalan2 dan kemusykilan2 yang pernah timbul di zaman awal Syiah (lihat khilaf dalam karangan al-Kulaini bertajuk Usul al-Kafi sudah memadai).

Seperkara lagi yang menghairankan adalah, al-tehrani mendakwa jumlah Syiah yang terlalu ramai di seluruh dunia sehingga tidak memungkinkan mereka ini dari golongan yang sesat. Sebagai contoh, al-tehrani mendakwa Syiah di Arab Saudi berjumlah 30 juta orang! Bahkan di Madinah sahaja sekitar 50 ribu orang Syiah! Ini satu fakta yang bembingungkan kerana apa yang ana dapat dari web kaji selidik penduduk dunia (klik sini),setakat jumlah penduduknya baru sekitar 25,731,776. Dalam satu sumber lain menyebut baru sekitar 27,136,977 (klik sini). Baiklah, kalau jumlahnya dianjakkan kepada jumlah puluh juta terhampir, jadilah 30 juta. Maka, seluruh penduduk Islam di Arab Saudi adalah Syiah! Fakta yang agak dangkal ini boleh mengelirukan peminat2 beliau yang sangat ‘cintakan’ hasil nukilan beliau. Bahkan dikatakan lagi, sejumlah 50 ribu penganut Syiah di tanah haram Madinah al-Munawwarah! Memang fakta yang ‘menarik’ untuk ditatap oleh peminat2 novel al-tehrani.

Sebenarnya beliau berkelulusan syariah di Universiti yang sama dengan ana bahkan senior yang lebih lama dari ana. Tapi mungkin disebabkan terlalu lama tidak membuat ‘footnote’ menyebabkan beliau terlupa untuk menyelidik fakta sebenar.
Hayatilah firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6:
يأيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Sebagai seorang yang mengaku dirinya mukmin, janganlah mudah teperdaya dengan omong-omong kosong yang tidak berdalil dan berfakta ini. Selidik dan perhalusilah setiap apa yang dinyatakan oleh al-tehrani kerana beliau sekarang sudah mula menunjukkan belangnya sebagai pengikut Syiah yang setia setelah sekian lama menyembunyikan identitinya di dalam keindahan bahasa novel yang puitis dan mempersona.



9 comments:

  1. Salam,

    Daripada tuan menghentam shiah.. baik tuan buat blog hentam amerika dan israel... inilah salah satu blog yang melaga-lagakan orang Islam keseluruhannya... saya berlepas diri dari orang2 semacam tuan...kesimpulan yang saya boleh buat... tulisan yang penuh kebencian... ayat quran yang diturunkan pun tak ada penerangan tentang asal-usul bagaimana ayat tersebut diturunkan... main guna sahaja utk bukti.. ikut suka rasa... maafkan saya kalau terkasar bahasa.. saya cuma nak menyatukan org Islam ... semoga saya dimasukkan ke dalam golongan pemuda bani tamim dan Imam Mahdi... regardless of whether I am a true sunni or a shia.. wallahu'alam...

    ReplyDelete
  2. rajin benor tuan blog ni mengomen shia, pi la cari depa berdebat tgok depan2, bukan x leh contact kot, kalo kot blakang, aku pon bleh kata ang ni pengikut NAJD TANDUK SETAN yg nabi kata tu. stakat kuaq um nak mai laga2 org ni pi amik wuduk semayang tobat lagi baik. ingat blajaq tinggi (um, kra tggi la tu) jadi cerdik tapi dok jadi fanatik mazhab bukan2, dosa pahala suma dia tau, baru balik padang mashal ka yang dok yakin diri tu betui sgt?

    ReplyDelete
  3. aku bukan apa, kaum yg dok tolong saudara kita kat palestin tu kaum depa, ada depa tggu hamas jadi shia dulu ka baru depa nak tolong? depa x pandang pun apa mazhab palestin, tapi apa wahabi saudi buat? bagi fatwa suruh rakyat palestin kuaq? apa negara islam lain wat? antaq tepung, baju bundle, ayaq mineral, panadol suma tu leh efek apa? taun depan kena lagi, antaq lagi, kena lagi antaq lagi! kita dok tgok sengsara depa ja x abih2, bukan nak bantu depa amik balik hak depa yang dirampas dengan cara haram. bukan nk tima kasih ngan depa, dok ceruk batu maung dok hentam kot blakang! sebab tu ustad2 kt msia ni aku x respect sorg pun, ilmu takat buku lali belagak tggi bukit bendera! nk jadi imam x payah hafal Quran pun, reqister ngan astro ja. hancuss!

    ReplyDelete
  4. (Mie)
    salam wbt.
    Usaha yang bagus. Tulisan seperti ini harus diteruskan. Syiah Rafidhah suatu agama ciptaan Yahudi. Ia senjata halus dan berstrategi yang digunakan utk menyerang umat Islam, maka usaha dari segenap segi utk menghentam dan menjatuhkan syiah rafidhah adalah wajib seperti wajibnya kita menentang Yahudi yang menindas terang-terangan umat Islam di Palestin.
    Allahuakbar!
    Barakallahu fik ^_^

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    kelakar la mie nih.. jenis main sauk jugak ker.. siapa rafidhi, cuba citer sikit.. orang citer perimanusia hang citer nak blame orang jer.. mereka sendiri tak pernah mengaku.. minta bukti jenis kelakar punya.. bukan ada ilmu.. hentila prasangka buruk tuh..

    ReplyDelete
  6. As salamualaikum wbrt,

    Kepada Semua Umat Islam, Pecinta Allah swt dan RasulNya..

    Satu scenario untuk di fikirkan oleh kita..
    "Seorang dlm ahli keluarga kita mengalami masalah yang sangat rumit dan memerlukan pertolongan dari ahli-ahli keluarga yang lain, munkin sari segi moral, fizikal, kewangan dan spiritual. Dan pada masa yg sama rakan kongsi perniagaan kita juga mempunyai masalah yang sama.."Maka soalan saya yang manakah yg ptut kita dahului?

    ReplyDelete
  7. Teruskan perjuangan...pedulikan apa yang mereka katakan. mereka buta sejarah, mereka tidak tahu apa yang berlaku kepada saudara Islam kita di Iran. Mereka tidak tahu apa yang berlaku kepada Ulama'Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Sheikh Ahmad Zadeh,Sheikh Ahmad Soleh ad-Dhiya'i-Semoga Allah memberkatimu sahabat. sahabatmu al-Azhari

    ReplyDelete
  8. syiah makan tahi imam....mutaah....kesian pompuan da mcm pelacur da aku tgok....liwat....haha sakit wooo...kompom bini syiah berak laju......sex dgn bayi...patut laa wanita syiah dinoda sejak bayi...bg aku ni cukup nk menggambarkan syiah ugama setann...xperlu lbih2

    ReplyDelete