Wednesday, January 26, 2011

Adakah kerajaan Syiah benarkan Sunni 'hidup' di Iran?

Penulis terbaca artikel tentang wujudnya masjid di negara Syiah Rafidhah Iran. Artikel tersebut bertarikh 23 June 2010 (klik sini). Hairannya, kenapa setelah sekian lama, baru nak dibina masjid utk Sunni di Iran? Setelah sekian lama masyarakat Islam Sunni menderita di bumi Rafidhah Iran, kini mereka ingin menunjukkan betapa toleransinya mereka dengan Umat Islam Sunni di seluruh dunia.

Hakikatnya, dasar luar negara yang cuba dimainkan mereka tidak seindah dasar di dalam negara mereka. Negara Syiah Iran mendakwa bahawa, Sunni adalah agama yang belum sempurna dan usaha2 untuk memurtadkan mereka menjadi Syiah sedang giat dijalankan di negara tersebut (klik sini). Jadi, adakah menjadi kesalahan untuk membawa mereka ke ISA (diberi makan dan minum percuma dgn kemudahan2 lain tanpa disiksa) untuk membetulkan aqidah mereka kepada Islam sejati?

Jika dasar negara Syiah Iran boleh, mengapa negara kita yang majoritinya penganut Sunni tidak boleh? penulis terbaca di dalam satu web berkenaan cerita sebenar yang menimpa masyarakat Islam Sunni di Iran (klik sini). Hakikatnya umat Islam di sana disiksa dan ditindas seperti yang diperlakukan oleh rejim yahudi ke atas umat Islam Palestin. Sumber yang penulis dapat adalah seperti berikut:

Selepas didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama Sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti Sunni membina masjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu sewaktu permulaan revolusi di mana regime Iran belum lagi mempunyai kekuasaan penuh terhadap Negara, pihak Muslim Sunni Berjaya membina banyak masjid di kawasan-kawasan majoriti mereka.

Malangnya pembinaan masjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama Sunni diinaya dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan “Wahabism”. Kes-kes begini telah menyebabkan masjid-masjid diruntuhkan atau disita oleh pihak regim. Yang peliknya dalam ibukota Tehran sendiri, di mana terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain, tidak terdapat walaupun satu masjid untuk Muslim Sunni. Inilah bukti bahawa regim Syiah amat takutkan Muslim Sunni, seperti apa yang dikatakan oleh Molavi abdul Aziz bahawa “mereka malah tidak membenarkan kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrap, sementara pembinaan masjid dan sekolah agama pula akan menganggu mereka”.



Selepas itu, banyak masjid dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Syiah Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan masjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah masjid yang telah dimusnahkan oleh regim Syiah Iran.

1) Masjid Sunni di Ahwaz adalah masjid pertama diruntuhkan dan di atas tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.

2) Masjid Torbate-Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.

3) Masjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – Dirobohkan dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan Wahabism.

4) Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.

5) Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.

6) Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian seorang pakar fizik. Masjid disita dan dijadikan panggung wayang.

7) Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed -berusia 200 tahun. Arahan dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian Syiah Iran, Khomeini. Selepas itu, berpuluh-puluh lagi masjid di Zahedan dan Kurdistan dimusnahkan.

Bunuh Pemimpin Sunni



Selagi mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan lain-lain Muslim Sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan samada melalui penginayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin Sunni.

Program pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di kawasan majority Sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio, tv dan sumber-sumber lain. Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini berulangkali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “kita musnahkan masjid-masjid Sunni tapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka, oleh itu kita perlu rogol wanita mereka, kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif, dan apabila mereka mula berprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka”. Dalam perkara berkaitan, seorang ulama muda Syiah mengaku telah merogol 60 wanita Sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan Sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh agen regim).

Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:

20 September 2010 - Sunnionline

KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama Sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.
Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama Sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha kearah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.



21 Jun 2010



TEHRAN: Abdolmalek Rigi (gambar)- digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA.
“Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin ,” kata IRNA.

Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabism, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.

Ayatollah Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regime Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regime padan 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.

No comments:

Post a Comment