Sunday, January 16, 2011

Tha'ifah Manshurah: siapakah mereka?



Ramai di kalangan kita yang belum mengetahui tentang istilah ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ada yang baru pertama kali mendengar dan melihat nama ini. Ia bukanlah satu istilah baru dalam kamus Islam. bahkan disebutkan dalam banyak hadits-hadits nabawi yang sahih tentang keberadaan golongan Tha'ifah Manshurah ini. 

Selepas membaca buku "Tha'ifah Manshurah: Apa dan Siapa?" karangan Syiekh Abdul Mun'im Mustafa Halimah, saya rasa perlu untuk saya ketengahkan perbincangan ini sebagai tatapan kita bersama.

Tha'ifah Manshurah juga disebut sebagai Firqah Najiyah adalah golongan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai golongan yang membawa pembaharuan (tajdid) dan perubahan (taghyir) kepada dunia dan umat Islam. 

Mereka manusia seperti kita, makan apa yang kita makan, tidur sebagaimana kita tidur dan hidup seperti manusia biasa. Namun apa yang menjadi kelebihan kepada mereka? Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
يَاأَيُّهَاالَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْف يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍعَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍعَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَيَخَافُونَ لَوْمَةَلآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(Surah al-Maidah 5:54)

Dalam hadits disebutkan:
لا تزال طائفة من أمتي منصورين لا يضرهم من خذلهم حتى تقوم الساعة
"Akan sentiasa ada di kalangan umat ku sekelompok orang yang diberi pertolongan, orang yang menentang mereka tidak membahayakan mereka hingga kiamat tiba".
[H.R. Imam Ibnu Majah]
Banyak lagi hadis2 yang menceritakan tentang kewujudan golongan ini. Bahkan pernah diramalkan oleh baginda tentang perjalanan mereka ini dengan berita-berita gembira seperti penaklukan kota Rom oleh golongan ini, penaklukan konstantinopel buat kali kedua, perang melawan Yahudi dan kemenangan kaum muslimin terhadap mereka, dan tegaknya Khilafah Islamiyah melalui tangan2 mereka.

Jelas bahawa, golongan Tha'ifah Manshurah ini adalah mereka yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai pembela Islam. Mereka bermati-matian mempertahankan Islam sehingga ke hari kiamat. Mereka ialah golongan yang tidak gentar dengan cercaan dan ancaman dari pihak musuh dan mereka berjalan di atas landasan nabawi yang suci. Cuma yang masih tinggal adalah, siapakah mereka dan bagaimana ciri2 mereka agar kita dapat mengenali mereka? 

Di sini disenaraikan tentang ciri-ciri mereka secara ringkas:

1. Ittiba’ dengan sunnah Nabi SAW. Bukan ibtida’ (melakukan bid’ah).
2. Jihad fi Sabilillah.
3. Berwala’(membantu) dan barra’(memusuhi) kerana Allah.
4. Syumul (komprehensif).
5. Wasatiyah dan I’tidal.
6. Berilmu.
7. Sabar dan teguh.

Daripada ciri2 yang telah disebutkan di atas, golongan ini bukan hanya di dalam satu jemaah tertentu saja. Dengan erti kata lain, setiap jemaah tidak boleh mengatakan diri mereka sahaja dari golongan Tha'ifah Manshurah ini. Sebaliknya sesiapa sahaja yang memiliki ciri2 yang telah disebutkan di atas dianggap tergolong daripada golongan ini walaupun mereka bergerak di dalam jemaah2 yang berasingan. Dengan ini, kita tidak boleh mengatakan bahawa hanya jemaah tertentu sahaja yang betul dan jemaah2 yang lain adalah salah belaka.  

Persolan yang lain pula, adakah jemaah yang tidak termasuk dalam ciri-ciri di atas juga boleh dikategorikan sebagai Tha'ifah Manshurah? Jawapannya adalah tidak. Sebagai contoh, golongan Syiah Imamiyah@Ja’fariyah@Ithna 'Asyariyyah adalah golongan yang banyak melakukan ibtida’ (bid’ah) sehingga tidak memungkinkan mereka ini masih dianggap sebagai golongan Muslim. 

Dengan kata lainnya, mereka ini adalah firqah (agama) yang berbeza dari kita. Mereka mengkafirkan sahabat, menuduh ummul mukminin (A’isyah) sebagai penzina, menuduh al-quran yang ada sekarang sebagai rekaan dan berbagai-bagai lagi amalan mereka yang sesat lagi menyesatkan. Mereka berjihad bukan kerana Islam tetapi kerana ideologi guru2 mereka yang sesat. Mereka tidak bersifat I’tidal sehingga bertaqiyyah setiap masa dan tidak juga sabar sehingga sanggup melukakan badan mereka.

Dengan erti kata lainnya, semua bentuk ajaran dan fahaman walaupun di’topeng’kan dengan jenama Islam, sebenarnya belum menjamin diri mereka tergolong dalam golongan Thaifah Manshurah ini. Walaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai golongan yang haq tetapi jika tidak ada ciri-ciri yang disebutkan tadi, maka mereka tidak lain hanyalah golongan hawa’ dan mubtadi’ semata-mata.

Seharusnya kita berdoa, bermuhasabah dan berusaha untuk menjadi sebahagian dari golongan ini. Mudah-mudahan Allah SWT meletakkan kita di kalangan mereka ini. 

Wallahul musta'an.

No comments:

Post a Comment