Semasa ana sedang 'mengemas' folder2 dalam laptop ana petang tadi, ana terperasan ada beberapa artikel yang ana pernah salin daripada tesis PhD ustaz Syiah 2 tahun dahulu (semasa zaman student di UM). Yang menarik tentang tesis ni adalah, ia dibuat di Jabatan al-Quran dan al-Hadis (singkatan AQSA). Macam mana tesis ni boleh 'lepas' pun ana tak tau. Tapi ana mintak ustaz2 di AQSA tolong semak balik perkara ni.
Ana tak pasti berapa ratus halaman tesis ini dibuat. Nama penuh tajuk tesis ni pun ana ingat2 lupa. kalau tak silap ana tajuknya "perbandingan perkembangan hadis Syiah dan Ahlu Sunnah wal Jamaah" (boleh semak balik nanti). setelah dibedah dan dikaji tesis ini, ana dapati ada unsur-unsur untuk menghina dua orang khalifah Islam yang awal iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Faruq. Serangan tersebut kalau dibaca seperti sekadar kata-kata sinis, tapi hakikatnya ada niat yang sangat 'busuk' disebaliknya.
bila dibaca sekali imbas tulisan pengkaji ber'mazhab' Syiah ni, penulisan beliau sangat ilmiah (dengan nota kakinya yang bersumberkan karangan ulama' sunni dan rujukan2 yang digunapakai). Namun bila diperhalusi tesis beliau dengan lebih cermat, dakwaan tersebut hanya sekadar serangan peribadi yang tidak berasas dan hanya hujah dari aspek teknikal semata-mata.
Inilah bahayanya Syiah kepada negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam (Ahlu Sunnah wal Jamaah). Tidak hairanlah kenapa mereka dapat berkembang di Malaysia tanpa dikesan. Di hadapan kita mereka mendakwa mereka tidak ada masalah dengan para sahabat Rasulullah SAW. mereka tak ada masalah dengan ummul mukminin. mereka tak ada masalah dengan al-quran yang kita baca hari ini. tak hairanlah kenapa pemimpin kita dapat layan ulama mereka yang pernah datang ke Malaysia dengan layanan yang cukup istimewa. ini kerana Taqiyyah adalah prinsip asas dalam ajaran mereka.
Selain itu, penulis tesis ni juga mendakwa, golongan syiah sebenarnya yang memperkenalkan disiplin Ilm al-Rijal (Ilmu tentang periwayat2 hadis Nabi SAW) lebih awal daripada golongan sunni (tapi kalau kita semak hadis2 mereka banyak yang maudhu'). bahkan kononnya mereka lebih cermat dalam menjaga hadis2 nabi (dan mungkin mereka juga sangat bertanggungjawab memelihara kata2 imam2 mereka sehingga dijadikan sumber hukum mereka yang utama, lihat tajuk wilayah al-faqih, klik sini).
Sebagai penutup, ana senaraikan di sini nama2 kitab Syiah dalam Ilm al-Rijal (rasanya orang syiah pun tak perasan dan tak pernah jumpa kitab2 ni).

- Kitab Al-Rijal oleh Abu al-Abbas Ahmad Ibn Ali al-Najasyi. Kemudiannya terkenal dengan panggilan al-Najasyi.
- Kitab Al-Fihrist oleh Muhammad Ibn al-Hasan al-Tusi. Kitab ini memberi maklumat tentang Rasulullah s.a.w. dan riwayat hidup baginda mengikut abjad. Di samping itu terdapat ramai lagi sarjana-sarjana lain menghasilkan kitab-kitab seumpama itu.
- Kitab Al-Rijal juga oleh al-Tusi (ana pernah tulis tentang orang ni, lihat dalam entri terdahulu. klik sini), yang memberikan nama-nama individu yang semasa dengan tiap-tiap imam mengikut susunan Imamahnya.
- Makrifat Akhbar oleh Umar Ibn Muhammad al-Kashshi. Al-Du’afa’ oleh Ibn al-Ghada’iri. Ahmad Ibn Husayn Ibn Abd Allah iaitu seorang sarjana pada abad kelima hijrah.
Kesimpulan, mungkin benar kata2 Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin bahawa tidak adil menangkap seseorang tanpa diberi peluang untuknya membela diri. Namun, berapa banyak peluang yang telah ulama kita beri kepada mereka dalam proses penyatuan ummah (tertubuhnya Dar al-Taqrib di Mesir) tapi mereka permainkan dan perolokkan ulama2 kita yang mukhlis ini (seperti Syeikh Mustafa al-Shiba'i). mungkin kata2 yang sesuai untuk mereka adalah: "lakum diinukum waliyadiin".
No comments:
Post a Comment